Pengikut

Khamis, 30 Julai 2009

Saya terjun daripada kapal yang bocor - Chua Jui Meng


"Saya terpaksa terjun daripada kapal yang bocor menaiki kapal baru yang sentiasa menyelamatkan sesiapa sahaja yang mahu melihat masa depan negara terselamat, " kata bekas Menteri Kesihatan, Dato' Chua Jui Meng yang kini menyertai Parti Keadilan Rakyat(PKR) .

Minatnya terhadap Pakatan Rakyat terus memuncak apabila melihat Dato' Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkan gabungan tiga parti utama pembangkang yang sebelum ini agak retak setelah Barisan Nasional (BN) mengamalkan dasar kuku besi terhadap negeri yang dimenangi pembangkang.

Beliau ketika beceramah di An-Nahdhoh In, Bukit Indera Muda, Permatang Pauh menambah, tohmahan daripada kempinan MCA dan BN memang diduga berikutan tindakannya melompat parti untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara.

Apa tidaknya tambah beliau, dalam keluarga MCA segala-galaya sudah hancur akibat terlalu pentingkan jawatan dan kuasa.

"Tindakan mendedahkan kepincangan kerajaan ini bukan berniat untuk kepentingan diri sebaliknya menebus maruah ketika bersama BN dulunya, " ujar beliau diiringi tepukan orang ramai.

Kekejaman Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) juga jelas Chua, menjadi faktor kenapa beliau meninggalkan MCA dan BN.

ISA patut dimansuhkan sebab tidak sesuai lagi digunakan oleh kerajaan yang mengamalkan dasar demokrasi.

"Kerajaan sengaja tidak mahu mansuhkan akta tersebut demi menyelamatkan kedudukan pemerintah apabila mereka buntu berhadapan dengan mana-mana parti atau organisasi yang makin diterima rakyat, " tambah beliau.

1 Ogos ini adalah suatu perhimpunan AMAN.



Perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang akan diadakan pada 1 Ogos ini adalah suatu perhimpunan aman yang tidak akan menimbulkan provokasi atau huru-hara oleh peserta perhimpunan kecuali jika ia ditimbulkan oleh pihak polis sendiri.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr.Mujahid Yusof berkata, rakyat perlu memberi sokongan kepada perhimpunan ini dengan turun beramai-ramai bagi membuktikan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) yang telah disalahgunakan untuk mempertahankan rejim pemerintah sudah tidak sesuai lagi untuk diguna pakai.

"ISA yang menahan seseorang tanpa bicara ini perlu dimansuhkan bukannya dipertahankan. Ramai di antara mereka yang tidak dibawa ke muka pengadilan atau mahkamah untuk dibicarakan. Ada antara mereka yang dipisahkan dengan anak dan isteri sehingga lapan tahun. Ini adalah satu akta zalim yang menganiayai rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah beliau di Taman Impian, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah.

Turut hadir dalam majlis anjuran PAS kawasan Bukit Mertajam itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah dan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Halizal Allias.

Bagi Mujahid, perbuatan memenjarakan rakyat tanpa bicara ini adalah bertentangan dengan prinsip keadilan dan hak asasi manusia.

Malah, katanya, ia juga jauh daripada dasar dan perjuangan yang dituntut oleh Islam.

Oleh kerana itulah maka PAS sedia untuk mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional dan Umno dalam pilihan raya umum yang akan datang bagi memberi keadilan kepada semua, katanya.

"Hanya dengan dasar dan perjuangan yang berlandaskan Islam sahaja dapat memberi keadilan kepada semua rakyat," tegas beliau.

Sehubungan itu beliau menyeru kepada semua penyokong dan pendokong yang mahukan ISA dimansuhkan untuk turut serta beramai-ramai dalam perhimpunan GMI yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu, 1 Ogos ini.

Jangan lupa LIRIK atau jangan lupa ALLAH?

Jangan lupa LIRIK atau jangan lupa ALLAH?

Ramai anak-anak muda hari ini sungguh teruja dengan rancangan Janga Lupa Lirik yang sedang hangat dipertotntonkan saban hari. Tidak cukup dengan 'live', ada pula siaran ulangan, berminggu-minggu lamanya. Sehingga kita semua sanggup makan dan minum di hadapan kaca-kaca televisyen. Kerana semata-mata hendak melihat para peserta ingat ke tidak lagu tersebut.

Sungguh malang nasibnya jika tidak dapat meningati lirik lagu tersebut. Terpakasa di'kick' keluar awal-awal. Dah tu siap menangis lagi kerana tidak dapat meneruskan hingga akhir.

Adakah kita juga akan menangis jika Allah lupa pada kita? Adakah kita ingat lirik lebih daripada kita ingat Allah? Menangiskah kita jika Allah humbankan kita ke dalam neraka disebabkan kita lupa Allah dan kita hanya ingat lirik semasa di dunia?

Ingatlah wahai saudara-saudara ku semua, jika kita lupa Allah, Allah lebih-lebih lagi lah akan lupa pada kita sehingga kita akan lupa pada diri kita sendiri. Apa yang hebat sangat dengan rancangan jangan Lupa Lirik sehingga kita semua teruja menontonya? Hmm...tidak ada rancangan Jangan Lupa Allah SWT ke?. Kita dilalaikan dengan agenda-agenda tersebut yang kita lupa dari meningati Allah. Sehingga kita semua boleh bercakap-cakap dan memberi komen sesama rakan-rakan di tempat kerja, di sekolah dan sebagainya. Hebat sungguh kita, tetapi kepada perkara-perkara yang meningatai Allah, kita semua diam dan segan hendak memperkatakannya.

Macam mana kita mendakwa kita ingat Allah, sedangkan kita tidak menutup aurat. Sebab Allah wajibkan kita semua menutup aurat dalam setiap apa yang kita lakukan. Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka sendiri merubahnya. Anda mampu mengubahnya ke arah yang lebih baik."

Rabu, 29 Julai 2009

HINI SERANG SEBERANG PERAI


SELURUH warga Seberang Perai harus berhati-hati kerana HINI telah menular hebat di kawasan tersebut. Menurut sumber yang boleh dipercayai, kini terdapat 17 orang mangsa yang sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya.

Menurut sumber itu kesemua mangsa itu datangnya daripada Politeknik Seberang Perai dan kini seorang mangsa dikatakan kritikal. Sehubungan itu Politeknik Seberang Perai telah ditutup.




Selain Politeknik Seberang Perai, UITM di Permatang Pauh, Maktab Rendah Sains Mara di Kepala Batas, Sekolah Teknik Nibong Tebal dan sebuah sekolah di Telok Air Tawar juga ditutup.


Sehingga kini wabak HINI telah meragut 3 orang rakyat negara ini dan mangsa ketikanya seorang lelaki berumur 42 tahun mati akibat Influenza A (H1N1) petang semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata lelaki itu disahkan menghidap Influenza A (H1N1) Khamis lalu.

"Kes itu yang mengalami pelbagai komplikasi telah meninggal dunia pada 27 Julai jam 4.40 petang disebabkan pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, lelaki itu dilapor tidak sihat sejak 6 Julai lalu dan telah mendapatkan rawatan pesakit luar di beberapa klinik dan hospital swasta.

Lelaki itu dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada 18 Julai kerana keadaan yang semakin teruk dan didiagnosis sebagai pneumonia.

Semasa di wad, beliau dikesan menghidap Diabetes Mellitus manakala x-ray dada pula menunjukkan beliau mengalami pneumonia.

"Pada 19 Julai kes dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan (ventilator). Memandangkan keadaan kes yang semakin teruk, ujian sampel tekak diambil pada 22 Julai dan disahkan positif Influenza A (H1N1) pada 23 Julai," katanya.

Liow yang kecewa dengan perkembangan itu berkata, semua klinik dan hospital di negara ini seharusnya mengambil langkah segera dalam mengesan pesakit yang dijangkiti Influenza A (H1N1) bagi membolehkan rawatan segera diberikan.

"Daripada kes ini, kita boleh lihat pesakit ini telah pergi ke beberapa klinik sejak dia tidak sihat dari 6 Julai hingga 18 Julai apabila keadaannya semakin teruk, tetapi pihak klinik masih tidak mengambil sebarang ujian H1N1.

"Jadi saya ingin menggesa semua klinik dan hospital untuk sentiasa berwaspada, lebih efektif dan mengambil tindakan serta langkah segera dalam mana-mana kes yang disyaki influenza. Ada banyak kes yang datang dengan simptom pneumonia tetapi mereka perlu menjalani ujian sama ada ia H1N1 atau tidak. Mereka perlu mengambil langkah segera itu," katanya.

Mengenai situasi semasa Liow berkata terdapat 95 kes baru Influenza A (H1N1) dikesan, semuanya adalah kes tempatan di kalangan warganegara Malaysia, iaitu 68 daripadanya merupakan kejadian dari 19 kluster baru, 22 kes dari 11 kluster sedia ada manakala lima kes lagi adalah kes-kes sporadik atau terpencil.

Selasa, 28 Julai 2009

Wanita Muslim, Hak Asasi Dan Politik Tudung


Dua isu besar dalam politik dunia tetapi agak kurang mendapat perhatian, tercetus akibat politik di Eropah dalam tempoh beberapa bulan lalu. Kecaman Presiden Perancis Nicolas Sarkozy terhadap pemakaian hijab oleh wanita Muslim di negara itu dan pembunuhan seorang wanita berketurunan Mesir, Marwa al-Sherbini di Dresden, Jerman oleh seorang ekstremis.


Tidak seperti kes karikatur di akhbar Denmark beberapa tahun lalu, dua kes ini tidak menyentuh sensitiviti seperti kes karikatur itu, disebabkan ketersampaian rendah kepada berita itu di dunia Muslim dan ketiadaan usaha membina respons terhadap isu itu seperti dalam kes karikatur Denmark.

Apapun, berlakunya dua peristiwa itu di Eropah menimbulkan sesuatu yang wajar sekali diberi perhatian oleh aktivis politik dan masyarakat sivil Muslim terutamanya. Dan lebih penting lagi, dua peristiwa itu diperhatikan bukan sebagai hanya tindakan keras atau ketidakadilan terhadap wanita dan minoriti, tetapi juga melalui perspektif yang lebih besar. Dalam wacana hak asasi manusia dunia, hampir menjadi satu konsensus bahawa pemakaian tudung atau hijab dibaca sebagai lebih daripada pilihan pakaian seorang wanita, tetapi sesuatu yang terzahir daripada dasar politik dan budaya yang tidak progresif. Apabila isu wanita ditimbulkan melibatkan masyarakat Muslim, hampir pasti isu berkenaan akan diletakkan di bawah tajuk besar “penindasan terhadap wanita” yang berdasarkan pada agama.

Isu penindasan wanita juga menjadi satu topik yang menjadi tumpuan aktivis hak asasi wanita di Barat. Jika dilihat di kedai-kedai buku, topik mengenai penindasan wanita di negara-negara boleh memenuhi satu ruang yang agak besar di sebuah rak. Ini membuktikan kedudukan penting topik ini dalam wacana hak asasi manusia Barat. Pada masa sama, kumpulan-kumpulan wanita di negara majoriti Muslim yang berkongsi pandangan dengan para aktivis Barat juga melakukan usaha yang sama. Hal ini dapat dilihat semasa kekuasaan Taliban di Afghanistan. Pihak Taliban menjadi sasaran sebahagian besar media Barat dan seluruh dunia. Pada masa itu, Taliban menjadi “villain” utama dalam drama politik dunia.

Secara konsisten dan berterusan, kumpulan wanita di Barat menggerakkan kempen menyerang Taliban dan fahaman yang dipegang mereka. Ini jelas menunjukkan kesatuan dan susunan gerakan yang efisyen pihak terbabit, walaupun kebenaran apa yang mereka sampaikan banyak yang boleh dipertikaikan. Begitu juga dengan kes Darfur di Sudan, yang dengan mudah dapat diletakkan di bawah tajuk penindasan terhadap wanita. Kes-kes rogol oleh militia yang dapat dikaitkan dengan kerajaan yang dikuasai oleh sebuah gerakan Islam berjaya ditonjolkan sebagai penindasan terhadap wanita yang berdasarkan fahaman agama.

Dalam naratif kisah-kisah di atas dan banyak lagi kes lain, apa yang paling mudah dibaca walaupun tanpa mengetahui perincian kes-kes tersebut ialah betapa tidak selarinya agama Islam dengan pembebasan wanita. Ini diperkuatkan lagi dengan hakikat bahawa ramai aktivis hak asasi Muslim berkiblat ke Barat dan menerima hampir semua wacana Barat membabitkan isu wanita dan hak asasi manusia.

Di Malaysia, hal yang hampir sama dapat diperhatikan pada Sisters in Islam, yang hanya bersedia diwawancara oleh media tertentu dengan hasil wawancara yang kelihatan seperti telah disediakan lebih awal, tanpa soalan-soalan kritikal yang sukar dijawab. Kumpulan ini juga, dalam wawancara terbabit, cenderung untuk mengemukakan kes-kes paling buruk melibatkan lelaki, seperti pencapaian akademik yang sangat buruk berbanding pelajar perempuan dan pelbagai kes lain. Hal yang sama tidak dapat dilihat di dunia Muslim melibatkan aktivis Muslim. Kes-kes seperti pembunuhan Marwa di Jerman dan sikap Sarkozy terhadap pemakaian hijab tidak mendapat respons tegas daripada aktivis Muslim.

Ini mungkin mempunyai kaitan dengan fokus yang sangat sedikit diberikan oleh aktivis Muslim atau gerakan Islam kepada isu-isu wanita. Dan perlu diakui juga, dalam banyak gerakan Islam termasuk di Malaysia, peranan dan kepimpinan wanita agak tidak diberi perhatian, sesuatu yang mungkin disebabkan oleh wacana agama gerakan Islam itu. Isu wanita masih menjadi sesuatu yang marginal dalam gerakan Islam, seperti juga isu membabitkan alam sekitar. Sekiranya disentuh, ia biasanya hanya berlaku pada tahap yang tidak mendalam, dengan hanya disertakan beerapa petikan ayat al-Quran dan sedikit ulasan.

Sekiranya diperhatikan dengan lebih mendalam, dapat dikesan perhatian yang sangat sedikit diberikan kepada isu wanita oleh gerakan Islam. Dalam banyak kes, jawapan atau respons yang diberikan mendedahkan pemahaman yang kurang berhubung isu terbabit, serta menunjukkan ketidakupayaan gerakan Islam untuk bercakap dalam bahasa hari ini, seperti yang difahami kebanyakan orang. Isu berkaitan wanita tidak seharusnya dimonopoli Barat yang masyarakatnya sendiri menyaksikan satu paradoks berhubung kebebasan wanita. Masyarakat Barat sendiri, malah dalam kalangan feminis sendiri, masih banyak isu yang menyaksikan jurang yang sangat luas, dengan pemahaman dan penerimaan berbeza terhadap isu-isu melibatkan wanita.

Malah, kenyataan Sarkozy telah mendedahkan prejudis yang seolah-olah dimaafkan atau dibenarkan di Barat, kerana ketidakadilan itu melibatkan masyarakat yang lain, yang hampir tidak berhak mendapat hak seperti sebahagian besar masyarakat. Aktivis Muslim dan gerakan Islam sendiri perlu meningkatkan wacana mereka berhubung isu wanita, untuk membina pemahaman yang lebih sofistikated terhadap isu penting ini. Melalui usaha inilah mereka akan dapat memberikan respons sewajarnya kepada isu-isu wanita.

Isnin, 27 Julai 2009

Masih Ada Sinar


Gempar. Heboh 1 Malaysia. Berita utama akhbar-akhbar berbahasa Melayu hari ini 26 Julai 2009. Sudah tentu semua tahu ke mana arah akhbar tersebut yang selamanya berkiblatkan UMNO. Biarpun kiblat sembahyang orang Islam pernah ditukar dari Masjid Al-Aqsa, Palestin ke Masjid Al-Haram, Mekah. Kerana itulah umat Melayu di Malaysia selalu terpesong akidah politik mereka.

Apakah tajuk yang hangat dan gempar itu. Bagi yang tidak mahu membeli akhbar-akhbar Melayu yang bercetak itu jenguk-jenguklah beritanya dalam talian internet. Tapi awas baca dengan mata hati bukan sahaja dengan mata kepala.


UMNO seolah-olah sedar dari pengsan yang lama apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) tiba-tiba menghulurkan salam dan mengeluarkan kenyataan bahawa "kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas sedia bekerjasama dengan kerajaan pusat dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan kebaikan Islam."

Bagi pendokong Pas terutama aliran non- kerajaan perpaduan amat memahami maksud yang dinyatakan oleh TGNA ini. Amat mudah memahami kenyataan ini. Dan selalunya TGNA sebagai ketua kerajaan Islam Kelantan tidak pernah menutup pintu kerjasama dengan kerajaan pusat. Sekaya manapun kerajaan negeri tetapi masih perlu berkerjasama dengan kerajaan pusat. Perkara ini sudah tersimpan rapi dalam Perlembagaan Malaysia.

Namun kenyataan Naib Presiden UMNO iaitu "kerjasama antara kerajaan dan parti harus konsisten" agak janggal dan keliru. Umum sudah faham bahawa kerajaan dan parti adalah dua elemen yang sama sekali berbeza. Seperti artikel yang ditulis oleh Ustaz Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak merangkap Pesuruhjaya Pas negeri Terengganu. Beliau jelas membezakan antara parti UMNO dan parti Pas. Jauh bezanya apatah lagi kalau kita meneropong mengikut kanta pembesar agama Islam.

Selama hampir 20 tahun mentadbir negeri Kelantan mengikut acuan Islam, TGNA tidak pernah menghalang agenda pembangunan kerajaan pusat yang diperuntukkan untuk Kelantan. Biarpun kadang-kadang mengurangkan populariti Menteri Besar dan kerajaan Pas sendiri tetapi TGNA akan bertegas jika program itu bertentangan dengan Islam.

UMNO yang sudah kita maklum bukannya tidak faham perbezaan antara kerajaan dengan parti tetapi sentiasa menangguk di air yang keruh ataupun air yang jernih untuk hayat politik mereka. Seolah-olah tersangat ganjil apabila semasa kempen PRK Manek Urai, TGNA dengan lantang menyamakan parti UMNO sesat sama seperti ajaran Ayah Pin atau fahaman komunis. Selepas PRK tersebut tiba-tiba lain pula nada TGNA. Bagi yang tahu dan faham selok belok politik kenegaraan, perkara ini adalah biasa sahaja.

TGNA menunjukkan kematangan poitik dan pemimpin Islam yang berjiwa besar. Beliau sebenarnya adalah Negarawan Sejati.

Contoh tauladan yang ditunjukkan TGNA sangat besar hikmahnya. Dalam kemelut yang masih lagi terngiang-ngiang mengenai Kerajaan Perpaduan, beliau telah membuka jalan yang harus ditempuhi oleh pejuang-pejuang Islam, keadilan, dan demokrasi. Arah mana yang harus kita halakan bahtera perjuangan ini.

Dalam PRK Manek Urai saya melihat beliau umpama Jeneral, menyerang musuh tanpa henti. Dalam mengetuai Kerajaan Islam Kelantan beliau menjadi 'Bapa' melindungi anak-anaknya.

Ahad, 26 Julai 2009

Seeorang Lagi Bekas Naib Presiden Parti Komponen BN Sertai PKR

Kerajaan Barisan Nasional kini diambang kehancuran pabila seorang lagi bekas Naib Presiden Parti komponen BN mengumumkan pendiriannya untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat. Pemimpin terbabit ialah Naib Presiden MIC Datuk SS Subramaniam yang pernah bertanding merebut jawatan Presiden MIC, Samy Vellu yang akhirnya disingkirkan oleh pemimpin MIC yang tidak sedarkan diri itu.


Kejutan demi kejutan yang berlaku ini, seolah-olah memberi isyarat bahawa BN itu sendiri akan "tamat riwayatnya" dalam menjelang pilihanraya umum akan datang. Senario ini jelas membuktikan bahawa pemimpin yang benar-benar "berjiwa rakyat" dalam BN, kini sudah semakin meluat dan benci dengan pakatan "dacing karat" itu. Malah, dari masa ke semasa mereka juga telah mula memahami hala tuju sebenar BN kini sudah jauh tersasar. Kezaliman dan penyelewengan terhadap rakyat terus berlaku. Malah, sengaja ditutup rapat-rapat bagi menipu rakyat.

Hanya mereka yang "bangang" dan "buta mata serta hati" sahaja yang masih percaya BN adalah sebuah kerajaan yang adil, berwibawa dan saksama. Mereka terpaksa mengampu demi "sesuap nasi", sedangkan mereka lebih tahu hakikat sebenar perjuangan yang dibawa oleh BN itu sendiri. Maka itulah, penyertaan beberapa orang tokoh dalam BN ke dalam Pakatan Rakyat jelas sekali bakal "mempercepatkan lagi kereputan" parti karat itu. Dalam pada itu juga, kemasukan Datuk SS Subramaniam seminggu selepas mantan Menteri Kesihatan Chua Jui Meng jelas sekali mencerminkan bahawa PKR sebagai parti yang semakin didokong oleh pelbagai kaum di bawah gagasan Pakatan Rakyat.

Tambah mengejutkan, kemasukan beliau itu juga turut disertai oleh adiknya bersama kira-kira 1,700 bekas ahli MIC dari Petaling Jaya Selatan dan Pekan Meru di Kapar. Penghijarahan mereka ke PKR memaksa lebih 10 cawangan MIC ditutup. Subramaniam, anak kelahiran Johor, adalah pemimpin MIC paling kanan menyertai PKR. Selain pernah menjadi Naib Presiden MIC dan pernah bertanding untuk jawatan kedua tertinggi parti itu.

Subramaniam juga bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan bekas ahli Parlimen Segamat. Dalam pada itu Subramaniam berkata beliau tertarik dengan politik merentasi perkauman yang di bawa oleh Keadilan dan mengambil keputusan menyertai parti itu walauun di kecam hebat oleh Presiden MIC Samy Vellu."Sekarang saya telah memberanikan diri untuk masuk PKR walaupun saya tahu saya dihentam oleh Samy Vellu," kata Subramaniam, disambut tepukuan gemuruh oleh lebih 1,000 orang di Dewan Orang Ramai, Taman Medan Petaling Jaya. "Saya lihat dasar-dasar Barisan Nasional yang ada sekarang ini telah membawa negara ke belakang 20 tahun. "Dasar-dasar ini meminggirkan sebilangan besar rakyat dan hanya memberi tempat kepada orang tertentu sahaja," kata Subramaniam. "Kita mahu membina sebuah negara maju yang rakyatnya hidup makmur dan bersatu padu," tambah beliau. Menurut Subramaniam lagi, beliau amat yakin dengan segala dasar-dasar dan pendekatan yang dibawa oleh Parti Keadilan Rakyat itu. Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi PKR, S. Manikavasagam berkata, "apa yang berlaku hari ini cuma gelombang pertama." "Selepas pemilihan MIC 12 September ini, akan ada peringkat kedua dan peringkat ketiga pemimpin MIC akan menyertai PKR," kata Ahli Parlimen Kapar itu.

p/s:Apapun, Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada bekas Naib Presiden MIC itu. Kemasukan beliau melengkapkan lagi kekuatan Parti Keadilan Rakyat serta menjadi petanda bahawa kekuatan Barisan Nasional sudah pasti bakal tergugat bilamana pemimpin seperti ini bersama rakyat. Dengan kemasukan beliau ke dalam PKR juga, bakal memberi lonjakan sokongan rakyat terhadap perjuangan yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah, kemasukan beliau kali ini menyebabkan pemimpin BN "tidur tak lena". Sudahlah sebelum ini tokoh-tokoh dalam BN dilihat semakin kecewa dengan parti itu. Maka adalah diharapkan agar gelombang kebangkitan ini akan berterusan sehingga pilihanraya umum akan datang. Rakyat hanya menunggu tokoh dan pemimpin UMNO pula membuat keputusan yang pasti mengejutkan ini, terutamanya Ku Li. -dPerbatasan

Bertudung belum tentu menutup aurat.

Bertudung belum tentu menutup aurat.


Assalamualaikum warahmatullah...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya. Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai
keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang2 yang beramal soleh...

Sebelum rakan2 dan sahabat membaca sepenuhnya aktikal ini, terlebih dahulu saya ingin memohon maaf jika ada diantara pembaca wanita tersingung dengan penulisan saya kali ini, bukan niat untuk menunjuk pandai dalam bidang ini sekadar mengulas kembali apa yang saya dengar melalui kuliah pengajian yang di ikuti beberapa minggu ini.

Saya masih ingat, dalam perjalanan ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid alma jaya. Tempat kerja saya di perusahaan perai dan pada hari itu saya menaiki bas yang disediakan pihak syarikat. Bersama saya rakan-rakan sekerja yang lain.
Semasa berada di persimpanggan lampu trafik, tiba2 suasana dalam Bas agak bising dengan bunyi “uiiiii..oii...peh..mengancam...aaa” dan sebagainya, diikuti dengan kata2



Astaghfirullah..korang ini teruk betul la, yang kau pi kutuk budak tue apesal? Kemudian "disambut dengan kata rakan di belakang, ye la..ini la yang tak bagus kita nak pergi masjid nak buat ibadat tapi kita dah ambil sikit saham budak tadi tue"

Anda tentu dapat menggagak apa yang telah kami lihat?
Bila saya tanya, kenapa tak tutup mata je? dengan malu2 mereka menyalahkan sesama sendiri akibat ‘gatal mata' melihat pingang budak perempuan yang menunggang motosikal tadi. Cuba bayangkan, perasaan laki2 ini. Mereka dalam perjalanan ke masjid, ada juga telah berumah tangga, tapi nafsu masih teransang apabila didedahkan kepada permandangan seperti itu. Jahatkah kami?


Mungkin ada diantara rakan-rakan akan mengatakan "Gatal dan dah miang sangat kot orang lelaki ni, memang teruk mereka ni, tak sangka, harap bakal atau suami kita tak macam ni" mungkin itulah yang akan dikatakan oleh sebahagian besar pembaca wanita sekarang ini.

Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT:

"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."


Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :

Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )


Sewaktu ditempat kerja lama, rakan2 sering kali berkata apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "tak pe ustaz kata pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.

Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.


Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )


Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.


Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah-olah meraguinya?

Sekian buat kali ini

Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum warahmatullah

-Amir DarkJustice

Sabtu, 25 Julai 2009

1 Ogos adalah hari referendum rakyat, Mansuh ISA vs Pro-ISA


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)yang akan mengadakan Himpunan Mansuhkan ISA terbesar pada 1 Ogos minggu hadapan di Ibu Negara.

Kesungguhan GMI ini akhirnya berjaya membuatkan Pendukung Akta Keselamatan Dalam Negeri (Pro-ISA) tercabar untuk melakukan Himpunan yang sama pada hari dan waktu yang sama (2 petang).



PAS melihat bahawa inilah peluang untuk Kerajaan melihat kesungguhan rakyat terhadap Akta zalim ini. Pada 1 Ogos ini seluruh rakyat diseru untuk keluar rumah dan menyertai referendum rakyat ini. Inilah hari Referendum ISA yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah negara dibawah kepimpinan Perdana Menteri yang baru. Dato' Seri Najib Tun Razak.

Jika anda menyokong pemansuhan ISA, maka berhimpunlah bersama GMI di SOGO, Masjid Jamek dan Masjid Negara sebelum berarak beramai-ramai ke Istana negara dengan pakaian Hitam atau Merah.

Jika anda menyokong kumpulan Pro-ISA, maka hadirlah bersama mereka di Pasar Seni dan kemudian berarak ke Istana Negara dengan pakaian putih.

Maka pada hari itu, Istana dan Kerajaan akan melihat kelompok manakah yang mendapat suara referendum yang majoriti.

Jika Kumpulan GMI lebih ramai maka Kerajaan haruslah mansuhkan ISA serta merta, begitu juga sebaliknya.

PAS yakin, GMI mampu mengumpulkan lebih dari 100 ribu rakyat untuk mendesak Kerajaan memansuhkan ISA.

PAS berharap agar pasukan Polis bertindak bijak dan tidak mencetuskan provokasi supaya kedua-dua kumpulan ini dapat berhimpun secara aman.

Mansuh ISA!!!...Mansuh ISA!!!...Mansuh ISA!!!


Ustaz Hj Idris bin Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

p/s: Hairan jugak saya dengan Pewaris kata perjuangkan Agama dan Bangsa tapi
menyokong akta yang zalim (I.S.A) sedangkan dalam ISLAM tak menyuruh kita menangkap
orang dan kurung tampa bicara.. ermmmm... dari mana diorang belajar nie?

Jumaat, 24 Julai 2009

Tudung Dan Imam

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Seorang kawan kepada rakan sekerja telah bertanya kepada saya "penting sangat ke memilih pemimpin yang bertudung". Terkedu juga dibuatnya sekejap. "Bukankah, bukan semua yang bertudung itu baik dan bukan semua yang tak bertudung itu jahat". Terus tersentak!!! Bingung jugak nak jawap ni.

Terus saya tanyakan dia sesuatu. Sekarang saudari ingin bersolat di surau KLCC ( kenapa surau KLCC! sebab di situ tengok ramai juga yg berseluar jeans dan tak bertudung tapi tetap solat. Syukur bagus. ) Saudari tidak mahu menjadi imam dan pilihan di hadapan saudari 2 orang, seorang berpakaian baju kurung lengkap bertudung dan seorang berseluar jeans ketat dan tidak memakai tudung!!! Apa pilihan saudari???

“Mestilah yang memakai tudung. Saudara ni takkan itupun nak ditanya”!!! Saya terus bertanya kenapa memilih yang memakai tudung??? Dijawabnya... “Kan itu perkara ibadat kita pilihlah yang terbaikkkkk...”

Terus saya menyampuk. Dah memilih pemimpin tu bukan ibadat ke? Solat je ibadat??? Kalau begitulah fahaman saudari, itu bahaya boleh membawa kepada syirik... saya direct je sound. Lalu ditanya lagi oleh saudari ni. “Sebab apa plak syirik?”, Kan ke Agama kita ni lengkap. Merangkumi semua di dalamnya. Tak kira apa, semuanya diajar dalam Al-Quran. ekonominya, nikah kawinnya, politik kepimpinannya. Bila kita mengatakan ibadat hanya perkara pokok, seperti solat dan haji tak secara langsung kita telahpun menafikan kesempurnaan Islam sebagai petunjuk jalan kehidupan lantas menafikan kesyumulan Islam. Tak ke syirik tu???

”Oh camtu jadi semua ada diterangkan dalam Al-Quran yer!!!”. Ya, jawab saya. Cuma kita je semakin hari semakin menjauhkan diri dari Al-Quran.

Satu yang saya hairan hari ni, kita berebut-rebut untuk beramal Islam dalam masalah Muamalat, maka timbulah pelbagai istilah Bank Islam, Takaful. Bahkan adanya perkampungan islam,Konsert Islam, Rock Islam. “Ada ke Rock Islam?” ada, macam-macam lagi yang ditambah perkataan Islam nie!!! Kita juga kekal dalam masalah Munakahat nikah kawin. Semua memilih cara Islam rujuk cerai nikah semua tetap mengikut Islam, tapi kita lupa dengan Jinayat dalam Islam. “Jinayat tu apa plak yer?” Terus dia tanya saya. Jinayat tu berkaitan hukum hakam jenayah. Hududnya, Qisasnya Takzirnya. Mulalah kita mencemik dengan hukum hakam seperti ini. Konon hukum ketinggalan zaman??? Ketinggalan zamankah hukum ketetapan Ilahi yang mengetahui segalanya tentang kehidupan kita di bumi ini!!!

Kita hanya akur dengan Nikah kawin dalam Islam dan Muamalat sahaja. Tapi kita sukar menerima Jinayat Islam. Kenapa???

Pilihan di tangan saudari............ Maybe pahaman saya salah. Sila perbetulkan! !! “Thank sedare kerana sudi memberi tahu”.


-DarkJustice

Kes Liwat Ditangguhkan Apakah Ini Petanda Baik Buat Anwar.?

Eksklusif: Permohonan Gugur Kes Liwat Dan Beri Bahan Bukti Ditangguhkan Ke Tarikh Keramat 2 September, Apakah Ini Petanda Baik Buat Anwar


Sememangnya tidak dijangkakan, akhirnya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan supaya kes sebutan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membatalkan tuduhan liwat terhadapnya dan pemberian bahan bukti ditangguhkan ke 2 September 2009. Apakah ini petanda gembira buat rakyat, susulan tarikh 2 September adalah tarikh keramat di mana Anwar dipecat dari UMNO dan Kerajaan 11 tahun yang lalu. Maka itu, mungkin ia secara kebetulan atau mungkin juga sebagai isyarat jelas buat para "konspirator liwat II" bahawa adengan itu akan berakhir pada tarikh tersebut. Apapun, keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan perlaksanaan keputusan mahkamah yang sama (16 Julai 2009) berhubung dengan perintah membenarkan peguambela Anwar mendapatkan sebahagian bahan bukti kes adalah amat dicurigai. Ini kerana keputusan lalu, yang membenarkan semua dokumen dan barangan terbabit diserahkan kepada Anwar sebelum perbicaraan bermula itu pun sudah dianggap melanggar peraturan dan undang-undang. Apatah lagi jika hakim tiba-tiba menerima pula rayuan pihak pendakwa agar ia ditangguhkan. Sedangkan, umum mengetahui bahawa perlunya pihak yang tertuduh mendapatkan dokumen serta barangan tersebut adalah termaktub dalam perlembagaan. Mana mungkin, pihak tertuduh dilarang untuk memeriksa semua dokumen terbabit. Bagaimana peguambela tertuduh ingin membela anak guamannya jika ini berlaku. Bukankah ia telah mencemarkan keadilan buat pihak tertuduh. Inilah yang dikhuatiri akan menjerat Anwar sebenarnya. Apapun, perbicaraan yang pada awalnya diarahkan dalam satu perbiaraan kini bakal berpanjangan selepas keputusan penangguhan ini. Diharap, ia memberi masa dan ruang yang luas untuk peguambela Anwar merangka strategi baru untuk menghadapi kes itu nanti. Semoga tarikh 2 September bakal menjadi satu lagi sejarah buat Anwar dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya kelak.

[Harapan baru buat rakyat, teruskan perjuangan dan pastikan ketuanan rakyat dapat ditegakkan. Apapun kami tetap menganggap perbicaraan kes ini bakal memalukan mahkamah Malaysia. Kerana tidak pernah berlaku perbicaraan dijalankan bersandarkan kepada bukti DNA semata-mata, sedangkan mangsa telah disahkan tidak diliwat oleh sesiapa pun. Kes liwat sepatutnya "mesti berlaku adengan liwat", tetapi jika doktor pakar mengesahkan ia tidak berlaku maka sepatutnya kes ini digugurkan. Malah pihak polis boleh menahan Saiful atas alasn telah membuat laporan palsu terhadap Anwar. Bahkan Saiful juga telah menipu polis dan rakyat Malaysia. Mana yang lebih relevan? Kenyataan mulut laporan Saiful atau kenyataan doktor menerusi laporan perubatan yang telah dikelaurkan?. Kenapa polis tidak menyisat dan memastikan kesahihan perkara ini. Kenapa harus ada orang lain yang perlu jadi mangsa?. Bukankah ini menimbulkan keraguan yang munasabah di kalangan rakyat. Bayangkan jika ia berlaku kepada orang lain, sudah pasti kes ini akan digugurkan. Tetapi kes ini penuh dengan konspirasi, sebab itulah ia mahu diteruskan demi masa depan politik seseorang. Rakyat perlu sedar dengan segala penipuan dan penyelewengan kes yang berlaku terhadap Anwar ini].

Saya tau UMNO parti rasuah, korup & confirm musnah tapi...



Tengku Razaleigh berterima kasih di atas pelawaan PKR untuk menyertainya tetapi terpaksa menolak. Tengku Razaleigh mengakui bahawa UMNO sudah menjadi suatu parti yang penuh dengan rasuah, korupsi dan menunggu masa hendak jatuh. Meskipun begitu, terdapat 2 sebab mengapa Tengku Razaleigh ingin terus berada dalam UMNO. Artikel lengkap disertakan.

Why I shall not be accepting Zaid’s offer

Malaysian Insider, 23 July 2009

JULY 22 — I am honoured that Datuk Zaid Ibrahim should speak so highly of me, and consider me worthy of national leadership. He invites me to join PKR, and to dissociate myself from a party which he now finds fascist and racist.

I am under no illusions that Umno is bound for destruction on its present course. Neither do I hold unrealistic expectations about the possibility of reform when the rot has gone so deep.

I offered myself for the Umno presidency last year on an agenda of thorough-going reform. I proposed a complete democratisation of Umno by opening all positions to election by every ordinary member and abolishing quotas on candidacy. I said Umno must do this to be consistent with the principle of democratic governance demanded by the Federal Constitution. Every member’s vote must count, and every member must be free to offer himself for leadership. I was stopped by the quota system that I opposed.

I am the last person to entertain illusions about the ease of reforming Umno. The party that I joined half a century ago as an idealistic young man has indeed lost its soul. It has become corrupt, this corruption has weakened it, and as it grows weaker it is tempted more and more to fan racial feeling and abuse public institutions to maintain power. This is a death spiral.

I am aware of Umno’s weaknesses. I have not failed to point them out from a sense of loyalty to the cause for which Umno was formed in 1946, a cause which our present corruption betrays.

I am not in Umno because I “harbour hope of saving Umno” in its present incarnation. I remain because the cause for which Umno was formed, and the principles which guided its promotion, has not gone away just because we have lost our way 60 years later, and they need to be upheld.

The high principle of Tunku Abdul Rahman, Tun Razak and Tun Ismail, their devotion to nationbuilding, their incorruptibility, their sense of fair play and their devotion to duty, exemplified for me as a young man the meaning of this cause, and how it could be both Malay and Malaysian, nationalist and cosmopolitan, traditional and contemporary, at one and the same time.

The Malay cause was not premised on an eternal zero sum game between the native and the immigrant. We meant to build a nation united by a prosperous, confident and enlightened Malay community, not a permanent state of divide and rule by political lowlife. We meant to foster Malay leadership worthy of national leadership, and we looked to our common future as Malaysia rather than to our past as people accidentally brought together by colonial history.

So much is ideal. Yet it is important that we hold up ideals in today’s moral chaos. The future of our political system lies in a healthy, competitive democracy. If so, whether or not it looks realistic right now, we shall need a reformed incarnation of this nation’s most important political party. The Umno ideal which I embraced half a century ago has a role to play in the future we hope for.

A second reason I shall not be accepting Zaid’s kind offer is that things have deteriorated to the point that party affiliation is really not the issue anymore. The issue is how we are to save our country.

Our major public institutions and our political system have degenerated to the point that the public no longer trusts them. A democratic system of government cannot function below a certain threshhold of public confidence. The suspicious death of Teoh Beng Hock under the custody of a watchdog body reporting directly to a prime minister who has his own public confidence issues may have pushed us below that threshhold.

What we must do now goes beyond political parties. We need the rakyat to rise up to claim their institutions, and demand that our public institutions are answerable to them. We must wake up to our sovereignty as citizens, reclaim the constitution which constitutes us as a nation and guarantees our rights, and demand a comprehensively reformed government to restore public confidence. We must do this before it is too late.

--------------------------------------------

Senang cerita, ada 2 sebab:

Yang pertama, kalau tiada langsung UMNO, maka tiada perlawanan politik di Malaysia. Mungkin elok juga kalau UMNO wujud sebagai pembangkang di masa depan sebagai check and balance.

Yang kedua, Tengku Razaleigh berpendapat bahawa masalah yang Malaysia hadapi dah terlampau kronik sehinggakan parti apa yang beliau anggotai tidak akan membawa apa-apa kesan signifikan.

D'Perbatasan p/s: melihat Tengku Razaleigh ini jujur pada katanya. Sewaktu masuk semula ke dalam UMNO dulu, beliau berkata ingin menjadi tidak lebih dari gurkha UMNO. Terpulanglah.. Bagus juga ada suara melawan dalam UMNO sedikit. Ahli yang lain semua jadi pondan, pengampu dan barua.. Yang berani tegur bos harapkan Tengku ni jelah..

Khamis, 23 Julai 2009

Matahari menangisi penderhakaan penghuni bumi terhadap Allah


GERHANA matahari yang menyelubungi sebahagian mukabumi pada Rabu (22 Julai) dihitung sebagai yang paling lama dalam abad ini. Ia dapat dilihat secara maksimum selama enam minit dan 39 saat di beberapa bahagian dunia, terutama sekitar India, China dan Jepun

Menurut rekod pakar kaji bintang, kali terakhir berlakunya gerhana penuh sebelum ini ialah pada Ogos 2008. Kejadian itu dapat dilihat selama dua minit dan 27 saat.

Ada pun di rantau sekitar negara kita gerhana matahari yang berlaku kali ini hanya separa dan dapat dilihat secara minimum sahaja. Ia memang sukar dicerap dengan mata kasar memandangkan hanya tidak sampai 18 peratus permukaan matahari dilindungi bulan.

Sementara penduduk dunia lebih cenderung membicarakan gerhana matahari sebagai fenomena astronomi dan keganjilan alam, agama Islam pula mengajar umatnya menjadikan kejadian yang amat jarang berlaku itu sebagai peluang manusia mengagumi qudrat (kekuasaan) dan iradat (kehendak) Yang Maha Menjadikan.

Di dalam al-Quran, Allah Ta'ala beberapa kali menyebut tentang kekuasaannya ke atas kejadian langit, bumi dan apa juga yang ada di antara kedua-duanya. Tidak ada seinci pun dari alam cakerawala ini yang bebas dari jajahan takluk Allah, termasuk bulan, bintang dan matahari.

Al-Quran juga memperincikan tabiat bulan dan matahari yang masing-masing beredar di atas paksi tersendiri. Kedua-dua makhluk itu tunduk dan patuh kepada ketentuan Allah. Antaranya sebagaimana firmanNya dalam Surah Yaasin 36: 38-40:

"Dan (sebahagian dari dalil kekuasaan Allah ialah) matahari. Ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya. Itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui.

"Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.

"(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan dan malam pula tidak dapat mendahului siang, kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing."


Menginsafi betapa setiap kejadian di alam ini adalah tanda dan bukti kekuasaan Allah, maka Islam menganjurkan cara tersendiri untuk umatnya menyambut kehadiran gerhana, sama ada matahari atau bulan. Kita digesa berkumpul mendirikan solat khusus sempena gerhana.

Di kalangan orang-orang tua dulu, mereka ada cara tersendiri untuk menafsirkan setiap kali kejadian gerhana, sama ada matahari atau bulan. Mereka membahasakan gerhana bulan itu sebagai "bulan sakit", manakala gerhana matahari sebagai "matahari marah" atau "matahari menangis".

Ketuk batang pokok

Ada pula berbagai upacara dibuat sewaktu melihat gerhana yang entah diceduk dari ajaran kitab atau agama mana. Antaranya ialah mengetuk batang pokok yang tidak mahu berbuah. Kononnya ketukan itu dapat membuang sifat malas berbuah yang mendiami pokok itu.

Ada banyak lagi cerita dan pegangan yang bertradisi dalam masyarakat dahulu kala berkaitan gerhana. Namun dengan peredaran zaman dan disebabkan kejadian gerhana itu terlalu jarang berlaku, adat dan kepercayaan itu tidak begitu diwarisi oleh generasi sekarang.

Apa yang lebih menguasai pemikiran masyarakat dunia hari ini ialah teori dan pembuktian saintifik. Bahawa gerhana matahari adalah fenomena astronomi yang berlaku apabila bulan berkebetulan melintasi hadapan matahari di waktu siang. Bayang bulan yang jatuh ke mukabumi menghasilkan kegelapan.

Namun, sepertimana dinyatakan Allah Ta'ala di dalam firmanNya yang dipetik tadi, "matahari tidak mudah baginya mengejar bulan". Pun begitu, soal mudah atau tidak sebenarnya tertakluk kepada kuasa Allah jua.

Begitu juga, oleh kerana kedua-dua planet itu "beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing" mengikut ketentuanNya, maka wajib juga diimani bahawa jika Dia menghendakinya Dia juga Maha Berkuasa sesekala melencongkan peredaran mereka dari tabiat biasa itu.

Dalam mengagumi kekuasaan Tuhan ini, penulis teringat satu ceramah agama yang secara tidak langsung menyentuh soal matahari. Ustaz yang memberikan ceramah menghuraikan ayat berhubung tanda-tanda kekuasaan Allah ke atas penciptaan langit, bumi, bulan, bintang dan matahari.

Katanya, dengan qudrat dan iradat Allah, matahari mengelilingi bumi tanpa henti. Namun ada ketikanya matahari mengadu kepada Allah Ta'ala. Sebagai makhluk yang tunduk patuh tanpa engkar kepada Tuhan, matahari "menangis" dan meminta izin Allah Ta'ala untuk tidak lagi terus menyinari bumi.

Ia sangat kecewa dan merasa seolah-olah nikmat cahaya yang dipancarkannya tanpa jemu kepada penghuni bumi telah tidak dihargai apabila penghuni bumi tetap kufur dan derhaka terhadap Alah Ta'ala.

Namun permintaan matahari itu tidak diizinkan Allah. Dia sebaliknya menegaskan kepada matahari, "kamu sempurnakanlah tugas kamu (terus beredar dan bersinar). Ada pun soal keengkaran dan penderhakaan penghuni bumi itu biarlah Aku menanganinya dengan cara lain." Moral cerita ini amat dalam. Ia antara lain mengajar kita bahawa di dalam melaksanakan suruhan dan larangan Allah, kita makhluk mesti menunjukkan ketaatan mutlak. Meski pun suruhan Tuhan itu bertentangan dengan pendapat atau nilaian kita, itu bukan pilihan untuk kita tinggalkan apa yang telah diarahkan Allah Ta'ala.

Dari sudut pandang berbeza, jika gerhana matahari itu boleh diistilahkan sebagai "matahari menangis", maka menjadi tanggungjawab kita manusia membahasakan sebab-musabab tindakan matahari itu. Untuk itu kejadian gerhana matahari wajar dijadikan peringatan agar kita tidak terus engkar dan derhaka terhadap Rabbil Alamin.

H1 N1 menyerang UiTM Permatang pauh


PULAU PINANG: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Permatang Pauh dekat sini ditutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas 10 pelajarnya disahkan dijangkiti Influenza A (H1N1).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata semua pelajar yang dikesan positif itu sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya


"Semua mereka berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan awal manakala 200 lagi pelajar yang mengalami simptom selesema diarah menjalani kuarantin di asrama dan rumah," katanya pada satu persidangan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata arahan penutupan sertamerta kampus itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pagi ini bagi mengelak penularan wabak berkenaan.

"Arahan penutupan selama seminggu itu wajar bagi mengelak 5,000 pelajar yang menuntut di UiTM berkenaan dijangkiti wabak H1N1," katanya.


Phee berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana semua langkah pencegahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) sudah diambil.


Sementara itu tinjauan Bernama di kampus UiTM itu tengah hari ini mendapati kebanyakan pelajar sudah mula meninggalkan asrama untuk pulang ke rumah masing-masing.


Dperbatasan -p/s:Semoga pelajar-pelajar UiTM yang dijankiti Virus H1N1 ini akan cepat sembuh.

Rabu, 22 Julai 2009

Anwar mungkin merengkok 12 tahun kerana DNA

Walaupun telah wujud empat laporan dari doktor berlainan yang mengesahkan bahawa Saiful Bukhari Azlan tidak mempunyai sebarang kesan yang menunjukkan dia diliwat, tetapi perbicaraan kes liwat Saiful lawan Anwar Ibrahim yang bakal bersambung nanti mungkin akan memberi kelebihan kepada Saiful.

Dalam ceramah umum di Beserah, Kuantan pada malam Sabtu lepas, pemimpin-pemimpin kanan PKR yang hadir, Zulkifli Noordin, Fuziah Salleh dan Azan Ismail, serta Saudara Ahmad Nizam Hamid senada dalam mendedahkan tentang keputusan hakim dalam sesi perbicaraan terakhir sebelum penangguhan baru-baru ini, bahawa perbicaraan seterusnya akan hanya mengambil kira bukti klinikal yang berupa hasil dari ujian DNA.

Keputusan mahkamah yang sebegini tentulah sangat mengejutkan, apalagi dalam keadaan telah wujudnya laporan pemeriksaan dari empat doktor yang bersedia memberi kesaksian mereka.

Mengecilkan skop pembuktian hanya kepada analisis DNA memberi gambaran bahawa empat orang doktor tersebut tidak berwibawa dan pandangan profesional mereka tidak berharga.

Pergantungan tunggal kepada ujian DNA dalam kes-kes jenayah, seperti di Amerika Syarikat, walaupun semakin diterimapakai di mahkamah-mahkamah mereka, namun sehingga hari ini masih menjadi kaedah pembuktian yang penuh kontroversi.

Ketepatan DNA hanya bersifat kepercayaan popular, bahkan kadar ketepatan 99.9 peratus DNA hanyalah suatu anggaran dan tidak ada sesiapa yang pasti tentangnya.

DNA memang berbeza untuk setiap manusia, tetapi yang digunakan dalam pembuktian adalah Profil DNA, yang sebenarnya hanya sebahagian kecil sahaja dari DNA keseluruhan seseorang manusia. Kerana itu, Profil DNA dua orang adik-beradik mungkin sahaja hampir sama.

Pada tahun 2001, Kathryn Troyer telah menjalankan ujian terhadap pengkalan data Profil DNA penjenayah Arizona, dan telah membuat penemuan dua penjenayah dengan profil genetik yang hampir sama, kedua-dua penjenayah ini mempunyai padanan 9 dari 13 lokasi kromosom. Sememangnya mereka berdua bukan adik-beradik kerana seorang berkulit putih dan seorang lagi berkulit hitam.

Asalnya FBI cuba menafikan bukti penemuan ini dengan mendakwa ia kes terpencil, 1 dalam 113 bilion, tetapi Troyer pada tahun-tahun berikutnya telah membuat berdozen-dozen penemuan yang serupa.

Ini telah menimbulkan persoalan tentang kredibiliti Profil DNA. DNA memang berciri unik, tetapi tidak untuk Profil DNA, ia hanya sekelumit dari keseluruhan genom.

DNA haruslah digunakan dengan kehadiran bukti dan kesaksian yang lain. Dalam kes jenayah, sebelum dibicarakan tertuduh bersalah atau tidak, Zulkifli Noordin berkata jenayah mesti dibuktikan berlaku.

Jika ada tuduhan seseorang merompak, rompakan itu mesti berlaku, ada barang yang hilang, ada wang yang hilang. Jika ada tuduhan seseorang merogol, rogol itu mesti berlaku, mangsanya disahkan hilang dara, ada bukti koyakan, ada bukti tusukan dan sebagainya.

Dalam kes Saiful, dia mendakwa diliwat, maka liwat itu seperti rogol mesti berlaku, ada koyakannya, ada tusukannya, dalam Islam mesti menghadirkan empat orang saksi. Empat orang saksi telah hadir dengan laporan mereka, keempat-empat mereka doktor dan kesimpulan mereka sama, liwat tidak berlaku!

Doktor-doktor ini tidak akan dipanggil ke mahkamah, hanya hasil ujian DNA sahaja yang akan digunakan. Sampel DNA Anwar, menurut Zulkifli Noordin, boleh diperolehi di mana-mana sahaja, bahkan dari peluh yang dilap ketika Anwar berdebat dengan Shabery Chik dahulu pun, sebelum itupun sampel DNA Anwar sudah berada di tangan polis, ketika Anwar ditumbuk pengsan oleh Rahim Nor, dicuri tanpa keizinan, itu pengakuan polis sendiri, dan ia terdedah untuk disalahguna dengan menaburnya di lokasi yang didakwa tempat kejadian atau di bahagian tertentu di tubuh Saiful.

Ulas Zulkifli Noordin lagi, kali ini Anwar mungkin akan trpaksa ke penjara untuk tempoh yang lebih lama, 12 tahun, kerana ini adalah tuduhan kedua untuk kesalahan yang sama.

Dj/Dperbatasan

Ganjaran RM10,000 Kepada Pemberi Maklumat


Seorang individu berpangkat "Datuk" menawarkan RM10,000 kepada mana-mana pihak yang boleh memberi maklumat yang membawa kepada penangkapan pembunuh Teoh Beng Hock. Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming (foto), berkata rakyat amat tidak berpuas hati dengan kematian Teoh yang berada dibawah pengawasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sehinggakan seorang Datuk yang tidak mahu identitinya didedahkan sanggup membuat tawaran sebegitu rupa. "Ramai orang mahu tahu apakah punca dan situasi yang membawa kepada kematian Teoh, dan tawaran ini adalah galakan kepada mereka yang mempunyai maklumat untuk tampil ke hadapan dan membantu siasatan polis," kata Nga Kor Ming.

p/s:Nampaknya rakyat sudah melihat bagai ada kepincangan dalam kes kematian Teoh Beng Hock ini sebenarnya. Apakah ini bermakna mereka juga sudah hilang kepercayaan kepada cara pihak polis melaksanakan tugas menyiasat kes ini. Banyak kes-kes terdahulu yang dilihat agak meragukan dan menimbulkan berbagai spekulasi. Maka itulah tawaran dan ganjaran terpaksa diberikan kepada mana-mana pihak yang berjaya membawa bukti hingga membawa penangkapan pembunuh Teoh. Anehnya, siasatan polis yang tertumpu kepada "kematian mengejut" tanpa keraguan bahawa kes itu adalah "kes bunuh".



dj/dperbatasan

Selasa, 21 Julai 2009

Kini Raja Sesumpah Muncul


TIBA-TIBA Ezam raja sesumpah muncul di tengah kekalutan kita memikirkan misteri kematian Mendiang Teo Beng Hock. Memang agak lama kita tidak mendengar suara raja sesumpah ini walaupun kita mengharapkan beliau hadir di Manek Urai sepertimana lazimnya di dalam mana-mana pilihanraya kecil sebelum ini. Ternyata, tanpa kehadiran Ezam Umno agak baik prestasinya jika dibandingkan dengan adanya beliau. Agak tepat juga orang mengatakan raja sesumpah ini sentiasa membawa `suwey' atau `badi' kepada Umno. Tanpa Ezam, `badi' kurang sedikit dan Umno mencapai keputusan yang agak baik sedikit walaupun tetap terkangkang di Manek Urai


Saya ingin memberi sedikit ulasan tentang apa yang diperkatakan oleh raja sesumpah @ raja kotak ini ketika mengadakan ceramahnya di Banting, Selangor baru-baru ini. Saya mengulas berdasarkan laporan di dalam blog di sini. Ezam mendakwa DAP dan pembangkang menuduh SPRM terlibat di dalam kematian atau pembunuhan Mendiang Beng Hock,maka dengan itu tidak salah jika kita pula menuduh DAP terlibat membunuh Mendiang, kata Ezam. Menurut Ezam, ini adalah kerana mungkin DAP ingin menyembunyikan rahsia rasuah mereka dari didedahkan oleh Mendiang Beng Hock. Saya rasa otak dan minda Ezam sekarang sudah tidak berfungsi lagi untuk memikirkan secara lojik tentang kes ini. Apa pun, saya cuba untuk membalas hujah raja sesumpah yang semakin merapu semenjak berada di dalam Umno itu.

Ezam berhujah, apa perlunya SPRM membunuh Mendiang sedangkan Mendiang hanya sebagai saksi. Saya juga tidak percaya dan tidak menuduh SPRM terlibat di dalam pembunuhan tersebut kerana siasatan belum selesai dijalankan. Tetapi, tidakkah kita pernah mendengar betapa saksi-saksi juga sering ditekan atau diugut untuk memberikan keterangan? Pihak penyiasat mungkin juga akan menyiasat samada ini terjadi pada Mendiang. Hujah Ezam lagi, DAP boleh juga dituduh mengakibatkan kematian Mendiang memandangkan DAP mungkin takut saksi tersebut memberikan keterangan berlakunya rasuah seperti yang didakwa. Ingin kita peringatkan Ezam, bahawa semasa Mendiang ditemui mati siasatan telah berakhir dan keterangan telah diambil oleh pihak SPRM. Jika benar saksi tersebut ingin di`hapus'kan bagi mengelakkan kebocoran maklumat terhadap dakwaan rasuah tersebut, lojiknya Mendiang akan di`hapus'kan sebelum memberi keterangan lagi.

Lagi satu, Mendiang ditemui mati di kawasan bangunan SPRM. Di masa bilakah ada orang lain terutamanya ahli-ahli atau ejen dari DAP boleh memasuki bangunan terkawal tersebut dan melakukan pembunuhan seperti yang difikirkan oleh Ezam itu? Bukankah kawasan tersebut terkawal dan bagaimana seseorang boleh memasuki bangunan berkenaan terutamanya dari dalam dan menolak Mendiang jatuh ke bawah? Lojikkah? Oleh itu, jika Ezam memikirkan bahawa sememangnya berlaku pembunuhan ke atas Mendiang, maka persoalannya siapakah yang membunuhnya?

Saya samasekali tidak percaya semua andaian samada SPRM, apatah lagi DAP terlibat di dalam kes ini. Saya tidak percaya adalah kerana siasatan terbuka oleh badan bebas masih belum dijalankan. Maka, tidak adil untuk membuat tuduhan. Lagi pun, DAP atau pembangkang tidak pernah menuduh SPRM atau sesiapa secara khusus terlibat melakukan khianat terhadap Mendiang Beng Hock. Mereka cuma inginkan siasatan oleh badan bebas. Mereka mahu tahu mengapa Mendiang masih berada di bangunan tersebut agak lama walaupun dikatakan siasatan telah pun berakhir? Mengapa siasatan dikatakan telah berakhir, tetapi handset Mendiang dikatakan masih berada di tangan SPRM sewaktu kejadian? Mengapa baju Mendiang terkoyak ketika ditemui? Lebih memeningkan, sekiranya dikatakan Mendiang membunuh diri, mengapa perlu membunuh diri sekiranya keesokan harinya Mendiang akan mendaftarkan nikahnya?

Untuk tidak menganiayai sesiapa di dalam kejadian ini di samping untuk merealisasikan keadilan dan ketelusan, maka kerajaan wajib menubuhkan badan siasatan bebas bagi mengetahui punca-punca kematian Mendiang. Di sini, isu perkauman tidak timbul sama sekali kerana yang menjadi mangsa adalah rakyat Malaysia yang sanggup untuk bekerjasama dalam siasatan rasuah seperti yang didakwa itu. Misteri mata lebam DS Anwar kembali menghantui pemikiran rakyat ketika melihat tragedi ini, begitu juga dengan isu Mendiang Kugan. Apakah isu ini menjadi isu politik? Ya, memang wajar ia dijadikan isu politik kerana hanya dengan kekuatan dan pengaruh politik sahaja yang boleh membantu rakyat teraniaya. Apakah kita mengharapkan para akademik, pelajar atau buruh kasar untuk mendepani isu ini? Orang politik tidak kira di pihak mana harus memandang isu ini satu isu yang serius dan besar.

Sehubungan itu, Ezam tidak perlu menuduh sesiapa di dalam perkara ini. Ezam harus berani seperti dulu agar mendesak kerajaan untuk menubuhkan badan bebas menyiasat perkara ini. Itu pun jika Ezam masih ada saki baki beraninya. Jika bercakap sekadar untuk menjadi `kipas', lebih baik Ezam mendiamkan diri atau rakyat akan memandang Ezam terlalu hina.

Dj/dperbatasan

Jumaat, 17 Julai 2009

Dua Wajah



“Sesak dada!”, Memang sesak dada.bila mendengar lontaran fitnah yang dilemparkan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim dan mempeburukan kerajaan Pakatan Rakyat. Kempen memfitnah yang setiap hari membuat saya rimas dengan laporan berita yang tidak tentu hala dan memperbodohkan manusia, saya tutup sahaja TV, dan duduk di tingkap rumah melihat daun rambutan terbang ditiup angin sejuk.

Televisyen memutar-mutar bahan-bahan yang menghina pemikiran rakyat. Apakah selama bertahun ini kita tidak punya mata untuk memerhati sendiri? Apakah selama bertahun ini kita tidak punya telinga untuk mendengar sendiri? Apakah selama bertahun ini kita tidak mengalami suka duka, pahit dan manis yang dirasakan sendiri? Apakah selama ini kita kaku, tidak meneliti dan memerhati?

Mengapa harus segala yang diperhati, didengar, dan dirasakan sendiri selama ini harus dipejamkan sahaja, lantas berita yang sehari dua ini mahu diambil kira?


Sesungguhnya kelemahan untuk membuat keputusan sendiri, hasil pemerhatian, pendengaran dan pengalaman sendiri, merupakan suatu kelemahan yang SANGAT MERBAHAYA. Ia bukan sekadar mangsa fitnah, tetapi mangsa tipu helah akhir zaman yang jauh LEBIH BENCANA.

Daripada Abu Hurairah bahawa sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda,


“Sesungguhnya akan datang kepada manusia tahun-tahun yang menipu. (Pada masa itu) pendusta akan dianggap benar (dipercayai), dan orang yang benar akan dianggap pendusta. (Ketika itu) pengkhianat akan dipercayai lalu dianggap sebagai seorang yang amanah. Dan (pada masa itu) akan bercakap-cakaplah golongan al-Ruwaibidhah”.

Baginda ditanya, “apakah al-Ruwaibidhah itu?”

Jawab Baginda SAW, “orang yang lekeh bercakap tentang urusan orang ramai” -Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Majah serta yang lain-lainnya

Hargailah mata yang boleh melihat, telinga yang boleh mendengar, akal yang boleh berfikir dan hati yang boleh merasa. Membiarkan diri untuk dimanipulasi dengan begitu mudah oleh permainan golongan al-Mala’, adalah muqaddimah bencana jika sampai zaman munculnya PENDUSTA yang lebih besar dan dijanjikan Allah itu.

“Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar ? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada” -Surah Al-Hajj : Ayat 46

Hargailah nikmat Allah itu dengan memakainya.

Seeru ‘ala barakatillah”

Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum warahmatullah

-Dperbatasan

Kematian misteri di SPRM

Seluruh rakyat Malaysia tertanya-tanya mengapa tiba-tiba Teoh Beng Hock (gambar atas), pembantu kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Ean Yong Hian Wah mati di SPRM. Adakah ia dibunuh atau bunuh diri atau apa sebenarnya yang telah berlaku. Rakyat memang hendak tahu. Siasatan segera harus dilakukan.

Semalam penyokong-penyokong Pakatan Rakyat berhimpun membuat bantahan di pejabat SPRM Shah Alam.

Kematian misteri di SPRM.


Tunang mendiang Teoh Beng Hock dipeluk dan ditenteramkan oleh ahli keluarganya, Pegawai khas kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Ean Yong Hian Wah, yang ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini hari ini sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya esok.


Semalam di perkarangan Mahkamah Tinggi, saya menyelar keras tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku alat pimpinan UMNO.
Kenyataan tersebut dikeluarkan satelah menyaksikan betapa ghairah SPRM bertindak terhadap ADUN Pakatan Rakyat Selangor. Walhal rasuah yang melibatkan dana berbilion ringgit seperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), pembelian senjata, dan lain-lain cuba dilenyapkan!

Dan hari ini, akibat tindakan kasar terhadap petugas Pakatan Rakyat, menyaksikan tragedi kematian pembantu YB Ean Yong Hian Wah iaitu mendiang Teo Beng Hock.

Apakah SPRM akan menjelaskan keadaan sebenar, dan siapa yang mengarah tindakan rakus terhadap Pakatan Rakyat? Dan apa peranan pimpinan kerajaan UMNO-BN dalam percaturan SPRM kini?

dj/dperbatasan

p/s:Kalau Takut Dipukul Badai... Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Isnin, 6 Julai 2009

Percaya Tuhan atau Hantu



Assalamualaikum warahmatullah...

“Heee…. hantu! Hantu!”, bapa mengacah anak yang bermain di dalam bilik.
“Huaa!!!”, bertaburan si anak melarikan diri kerana takutkan hantu.
Biasalah itu. Cara mudah untuk ibu dan bapa mengawal anak, takutkan mereka dengan hantu.

Walhal si anak bukan pernah melihat hantu. Ibu bapa itu pun berkemungkinan besar tidak pernah bertemu hantu. Tetapi entah mengapa, takut benar si anak dengan hantu, berbakat sungguh si ibu dan bapa menakutkan anak-anak mereka dengan apa yang mereka sendiri tidak pernah lihat, tidak pernah jumpa.

Jika hantu yang tidak pernah diketemui itu, boleh digambarkan dengan begitu kreatif oleh ibu bapa dan anak, mengapa mereka tidak kreatif memperkenalkan kepada si anak, soal TUHAN.
Asyik-asyik hantu. Bagaimana Tuhan?

GHAIB

Sama ada hantu atau Tuhan, kedua-duanya adalah persoalan ghaib. Mempercayai sesuatu yang ghaib itu adalah sulit bagi ahli material, tetapi fitrah bagi yang memahaminya

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)” [Al-Baqarah 2: 55]

Yahudi itu tidak mampu mengimani Allah SWT. Mereka hanya boleh mempercayai apa yang dapat dilihat dengan pancaindera penglihatan mereka. Mereka mahukan Tuhan yang boleh disaksikan oleh mata.

Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam [Al-Maidah 5: 17]

Manakala Nasrani pula bertuhankan manusia berjasad yang bernama al-Masih bin Maryam. Telah kufurlah mereka kerana kepercayaan itu, bahasa al-Masih itu Allah, atau anak Allah.

Yahudi dan Nasrani tidak mampu mengimani Allah kerana cacat mereka pada keupayaan mengimani perkara ghaib, sebagaimana sekalian Majusi, iaitu istilah Syara’ yang merujuk kepada sekalian musyrikin selain Yahudi dan Nasrani.

FITRAH

Lantas kita sampai kepada ingatan Nabi S.A.W. tentang hakikat ini di dalam sepotong hadith yang sering dibaca:

“Tidaklah lahir seorang bayi melainkan lahirnya dia itu di atas fitrah. Maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi…” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim dengan lafaz al-Bukhari)

Ibu bapalah yang berperanan menjadikan anak itu mempercayai Tuhan sama ada secara Yahudi, Nasrani, Majusi, atau kekal di atas fitrah yang asal dan luhur.
Di sinilah timbulnya perbahasan popular semasa, iaitu bagaimana kita mahu memperkenalkan Allah kepada anak-anak? Seminar demi seminar diadakan, dengan maksud mahu menterjemahkan keutamaan Aqidah kepada Allah sebagai asas utama pendidikan, termasuklah kepada anak-anak.

Jika ibu bapa begitu kreatif memperkenalkan hantu kepada anak-anak, bagaimana pula dengan tanggungjawab mereka memperkenalkan Tuhan?

TAUHID UNTUK SI ANAK

Apakah mahu disulitkan persoalan ini dengan mencari formula menterjemahkan perbahasan Sifat 20 kepada si anak kecil? Apakah mahu dipeningkan persoalan ini dengan mencari formula menterjemahkan perbahasan Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah SWT kepada si anak?

Apabila Nabi SAW telah memperingatkan bahawa anak-anak itu lahir di atas fitrah, maka fahamlah kita bahawa sebenarnya keupayaan mengimani Allah SWT oleh anak-anak kecil ini adalah sebahagian daripada fitrah itu. Anak-anak sudah secara fitrahnya bersedia dan mampu mengimani Allah sebagai Tuhan. Itu fitrah mereka.

Maka ibu bapa tidak perlu memeningkan kepala mencari formula mahu menyedarkan si anak kecil tentang apa atau siapa itu Tuhan, kerana anak-anak dengan fitrah mereka, sudah pun mengimaninya tanpa kita sedar. Lantas tugas ibu bapa ialah memupuk dan memperkembangkannya, tetapi harus didahului dengan suatu peringatan,

JANGAN DIROSAKKAN FITRAH ITU.

Jangan dirosakkan kesediaan anak-anak untuk mengimani Allah. Salah satu cara fitrah itu dirosakkan oleh si ibu dan si bapa ialah apabila kesediaan anak mengimani TUHAN, digantikan dengan HANTU.

TIDAK TAHU SYAK DAN WAHAM

Anak-anak bukan makhluk yang ada upaya syak dan waham. Itu penyakit orang dewasa. Anak-anak itu berada di dalam mood percaya atau tidak percaya. Itu sahaja. Apa sahaja yang ditanam oleh ibu bapa, itulah yang menjadi kepercayaan si anak. Jika mahu anak percayakan Tuhan dan terus mengimani-Nya, maka pupuklah kepercayaan itu dengan menyuburkan fitrah mereka kepada mempercayai Allah sebagai Tuhan, bukannya si anu si anu sebagai hantu
“Kalau kita buat baik, Allah sayang. Allah suka anak yang buat baik kepada ibu bapa”,

Cara yang mudah untuk memberitahu kepada anak-anak.
Setiap kali kita bercakap tentang Allah dan tentang syaitan kepada anak-anak, mereka menerima dan kemudian bercerita kembali dengan penuh yakin.

Sama juga jika kita bercakap tentang hantu kepada mereka. Yakin juga
Maka, binalah kepercayaan anak-anak kepada Allah sebagai Tuhan dengan memupuk keyakinan mereka. Mereka adalah makhluk yang yakin, maka peliharalah keyakinan anak-anak agar terdorong kepada yang Haq, hinggalah mereka mencecah dewasa. Ketika anak meningkat dewasa dan terdedah kepada pelbagai cabaran, maka haruslah kepercayaan itu diperkemaskan dengan reasoning dan soal jawab yang sesuai dengan tahap ketika itu.
Sesungguhnya, sikap ibu bapa yang lebih banyak menyebut HANTU berbanding TUHAN kepada anak-anak kecil mereka, adalah perbuatan yang mendorong anak itu kepada Yahudi, Nasrani juga Majusi.

HARRY PORTER

Di negara Barat, era semenjak tahun 2000 memperlihatkan bagaimana kemunculan filem-filem fantasi sama ada ala-ala Harry Potter, mahu pun filem seram berkenaan hantu dan syaitan semakin popular dan menjadi-jadi. Tentu sahaja di kaca mata kita, ia suatu perkembangan yang tidak sesuai dengan nilai kita sebagai Muslim. Tetapi pengamatan yang lebih teliti, akan memperlihatakan bahawa kemunculan filem fantasi seperti ini, sebenarnya adalah kesan daripada krisis dualisma yang membelenggu mereka sejak sekian lama.

Kehidupan yang sangat materialistik, telah begitu lama menjadikan jiwa masyarakat Barat ditimpa kemarau. Mereka hilang daya melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat, lantas seiringan dengan itu, mereka gagal mengimani apa yang berada di luar capaian deria manusia. Mereka hilang upaya memahami Tuhan, kehidupan selepas kematian dan segala-gala yang ghaib sifatnya.

Tatkala Intellectual Quotient (IQ) dan Emotional Quotient (EQ) sudah tidak lagi mampu berdiri sebagai sumber kekuatan dan kecemerlangan mereka, masyarakat Barat sedang bertatih untuk mencari panduan di dalam Spiritual Quotient (SQ) mereka.
Kemunculan banyaknya filem hantu dan syaitan di Barat adalah eksplorasi mereka terhadap dunia Spiritual.

Jika Barat terbelenggu dengan hantu kerana mencari Tuhan, mahukah kita sekapal dengan mereka dalam mengelirukan anak di antara HANTU dan TUHAN?
“Eee… bapa takut Tuhan!”Kan lebih sedap dan fitrah bunyinya!

Sekian Dari saya –Amir (AMK) Angkatan Muda KeADILan Ptg. Pauh

Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan saya sendiri.

Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum warahmatullah