Pengikut

Selasa, 30 Jun 2009

UMNO TIDAK SESAT?

Orang Munafiq akan berusaha sedaya mampu mungkin untuk tidak menampakkan mereka sebenarnya sesat dan kufur kepada Allah




UMNO TIDAK SESAT?

Utusan meroyan melaporkan;

"KOTA BHARU 25 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataannya yang menyamakan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin, pengganas komunis dan Chin Peng[1]"

KOMEN:

Nak tergelak bila dengar berita puak-puak UMNO kelantan buat laporan polis tentang kenyataan tok guru yang menyamakan UMNO seperti ajaran ayah pin.

Kenyataan tok guru menyebut UMNO ini sesat, bukan perkara baru, malah sudah sekian lama. Bagi mereka yang sering mengikuti kuliah dan ceramah tok guru, pasti akan mengetahui keadaan ini.

Walaupun tok guru Nik Abdul Aziz tidak bagitahu pun, sebagai manusia yang mempunyai pemikiran yang sihat, pasti kita akan tahu bahawa UMNO ini sesat, setara dengan Ayah Pin, dan ganas setara Chin peng.

Alasannya amat senang, iaitu sabda nabi SAW;

تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Maksudnya;
"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kami tidak akan sesat selama berpegang dengan kedua-duanya; kitabullah dan Sunnah Nabi-Nya[2]"


Apakah UMNO berpegang kuat dengan Al-quran dan As-sunnah? Apakah sebarang keputusan yang dibuat oleh UMNO dalam menentukan dasar politik mereka, berasaskan kepada ijtihad-ijtihad ulama yang merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah?

Bahkan, UMNO adalah sebuah parti yang tidak berasaskan kepada fikrah islamiyyah, malah merujuk kepada semangat nasionalis melayu melebihi dari Islam. ekoran itulah, UMNO sanggup menghaprakkan bangsa selain melayu dengan alasan nasionalis, padahal perkara ini bercanggah dengan islam.

Islam menyeru manusia memberikan keadilan kepada semua bangsa, tanpa meletakkan sesuatu bangsa itu lebih mulia berbanding yang lain.

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Maksudnya;
"Wahai manusia !! kami ciptakan kamu lelaki dan perempuan, kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu adalah orang yang paling takut kepada Allah. Sesungguhnya Allah maka mengetahui lagi maha mengerti"

(Surah Al-hujurat : 13)

Ketaqwaan bukan sekadar milik melayu, malah ia adalah milik semua; cina dan India ada harapan untuk menjadi taqwa. Apabila ketaqwaan itu dibataskan kepada orang melayu sahaja, sudah pasti tindakan sedemikian membataskan maksud firman Allah ini. tindakan itu merupakan kesesatan mengikut kacamata Al-Quran dan As-sunnah.

UMNO LAPOR KEPADA POLIS

Nampaknya kenyataan tok guru itu menyebbakan UMNO gelabah biawak, menyebabkan mereka terpaksa buat laporan polis.

Tindakan UMNO tidak perlu dibimbangi, malah tindakan seperti ini seiras-iras tindakan munafiqin yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran.

Firman Allah;

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آَمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ * يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ

Maksudnya;
"Sebilangan manusia, mereka mengatakan kami beriman dengan Allah dan hari akhirat, padahal mereka bukan orang yang beriman * mereka mahu tipu Allah dan orang-orang yang beriman. Sebenarnya, mereka tidak menipu melainkan diri mereka sendiri tanpa mereka sedari"

(Surah Al-Baqarah : 8-9)

Sekian harap fikir-fikirkan.

DJ/Dperbatasan.

Ahad, 28 Jun 2009

Adakah UMNO sesat?


"Boleh jadi kerana saya kata nasionalis dan komunis itu serupa, begitu juga dengan ajaran sesat, (bagi saya) semua fahaman yang menolak Islam, semuanya kita panggil ajaran sesat,"

katanya di sini hari ini bagi menjelaskan ucapannya pada satu ceramah di Kuala Krai apabila beliau menyamakan perjuangan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin dan menyamakan UMNO sebagai mempunyai ideologi sosialis kerana menolak agama dan prinsip ketuhanan.



Apa yang dikatakan Nik Aziz adalah benar. Mereka yang terang tolak Islam, tolak perundangan Islam, membela mereka yang menentang Islam,maka sesuai sangat kita panggil sebagai sesat. Tiada beza taranya dengan Ayah Pin dan ajaran sesat yang lain.


Dalam erti kata tahu bahawa perundangan Islam wajib ditegakkan, tapi dalam masa yang sama menentang segala yang berkaitan dengan Islam. Mengangggap Hudud Allah itu sebagai tidak relevan dan seangkatan dengannya.Tak cukup dengan itu, mereka yang berusaha untuk menegakkan Hudud ditentang.

Contoh Pertubuhan Liberalisasi Islam Sister In Islam (SIS) yang bertapak subur di Malaysia. Ada tindakan diambil kepada golongan ini? Isu pengkid dan yoga yang dimainkan oleh SIS jelas membuktikan mereka adalah golongan yang anti-fatwa dan sekaligus melanggar syariat Islam.

Fahaman Islam Liberal yang dibawa SIS ini juga akhirnya akan sampai kepada peringkat mempertikaikan wahyu. Maka akan lahir pengikut yang meremehkan al-Qur’an, meremehkan hadith dan autoriti ulama’. Ini kerana mereka menganggap ulama’lah yang pandai-pandai “mentafsirkan” Islam, sedangkan mereka mahu supaya sesiapa sahaja dapat mentafsirkan Islam.

Tak cukup dengan itu,hatta dalam seminar Jakim di mana-mana sekalipun, sekiranya berbicara mengenai golongan liberal Islam dan sesat di Malaysia juga akan memberikan contoh Sister In Islam. Tapi tindakan apa yang Kerajaan UMNO ambil kepada golongan ini? Golongan yang sah-sah sesat ini hanya dibela. Dibela Kerajaan UMNO. Apahal?

Apakah dengan dalil ini tidak cukup untuk mengatakan bahawa siapa sahaja,dan dari parti mana sekalipun, yang menolak Islam, bersekongkol menentang Islam, dan paham acuan Islam ikut kepala otak sendiri, memang sama sahaja dengan Ajaran Ayah Pin? Kedua-duanya tolak Islam, tidak mahu Islam, dan kedua-duanya Sesat.

DJ/Dperbatasan

Isnin, 22 Jun 2009

Perpaduan Tidak Akan Tercapai Selagi UMNO Wujud


Isu kerajaan perpaduan ini makin hari menjadi semakin hangat. Saya sebenarnya tak nak lah ulas panjang-panjang berkenaan kerajaan perpaduan ni, lagipun sahabat-sahabat yang lain telah mengulas panjang lebar berkenaan isu ni.

Saya lihat makin hari makin baik UMNO dengan PAS, bermacam-macam pujian diberikan kepada PAS. Syabas buat UMNO, satu kejutan kerana dah puas dengan maki hamun PAS kini memuji - muji pulak. Bila musuh dah berani memuji, sepatutnya kita kena lebih berhati-hati.



Boleh dikatakan pujian-pujian UMNO ini telah menenggelamkan kerja-kerja jahat mereka selama ini. Sebenarnya UMNO adalah masalah Melayu dan agama Islam yang kita semua cintai. Mereka juga masalah Cina dan India, serta kaum lain yang menghuni Malaysia. Mengundi UMNO BN adalah suatu kebodohan dan kejahilan. Sekiranya kita dapat hapuskan UMNO barulah kita boleh berbincang soal perpaduan. Selama mana UMNO ada di muka bumi Malaysia ini, selama itulah perpaduan tidak akan tercapai. UMNO adalah parasit kepada perpaduan di Malaysia ini.

Sejarah telah membuktikan UMNO adalah punca perpecahan perpaduan yang di bina oleh PAS. Setelah UMNO kuat, mereka kembali angkuh dan sombong. PAS disekat daripada terus berkembang dan memperjuangkan syiar Islam. MB Kelantan mahu dilantik oleh Kerajaan Pusat biar pun PAS memenangi kerusi terbanyak dalam pilihanraya di Kelantan. Akhirnya PAS yang tertekan, kehilangan sokongan dan Kelantan jatuh ke tangan UMNO hasil pengisytiharan MAGERAN pada tahun 1978. Peristiwa ini tidak mudah dilupakan oleh-oleh pendokong dan penyokong PAS sehingga ke saat ini.

Setelah peristiwa MAGERAN berlalu hampir 20 tahun, kini UMNO kembali dengan isu kerajaan perpaduan. Ucapan Tuan Guru Hj. Hadi pada muktamar yang lepas dimanipulasikan secukup-cukupnya oleh media jahat UMNO . Tujuannya hanyalah satu, ingin melihat PAS berpecah belahkan dalam Pakatan Rakyat dan kemudian PAS akan keseorangan.

Kenyataan-kenyataan pemimpin UMNO yang beria-ria ingin mengadakan kerajaan perpaduan adalah retorik semata-mata tidak ubah seperti orang gilakan talak. Ini kerana yang benar tidak boleh bercampur aduk denganya batil. Orang-orang baik tidak boleh duduk sebumbung dengan orang-orang jahat..

-Dj/Perbatasan

Cantik Rumah Mukhriz Mahathir...


Begini rupanya kehidupan pemimpin "Melayu" Umno ....

Sebab tu mereka bersungguh-sungguh hendak jadi pemimpin "Melayu" Umno....

Entah bila kita rakyat yang kais pagi makan pagi ni nak dapat rumah yang sebegini cantik dan tersergam indah.

Teruskan dengan gambar-gambar kediaman Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Terima kasih kepada ohartis.com... lepas ini tunjuk pula rumah pemimpin Melayu Umno yang lain...


















Rumah Rakyat miskin yang masih diabaikan...

Rasa-rasanya dekat kawasan YB Datuk Mukhriz Tun Mahathir.pun masih banyak rumah-rumah rakyat yang Daif...

-DJ/Perbatasan

Ahad, 21 Jun 2009

Saiful bercakap soal akhlak


APABILA mula menyedari bahawa DS Anwar kini meneruskan langkah untuk terus berjuang menuntut keadilan buat diri beliau yang difitnah, maka Saiful pemuda yang pernah bersumpah laknat mengistiharkan dirinya telah diliwat mula berubah bicara dari mahkamah dunia ke mahkamah Akhirat. Tindakan DS Anwar yang berterusan melawan dan terus melawan dan tidak mudah menyerahkan dirinya bulat-bulat kepada `konspirator', amat menimbulkan gerun dihati Saiful maka beliau seolah-olah mencari kaedah baru agar dirinya mendapat simpati.


Saiful berkata seperti yang disiarkan di dalam Malaysia kini hari ini, sekiranya kes liwat tersebut dibuang dan tidak dibicarakan, maka beliau percaya di akhirat kelak pasti jua dibicarakan. Jika ini keimanan Saiful yang ada, maka sewajarnya lah Saiful tidak perlu membuat Sumpah Laknat yang bertentangan serta tidak mematuhi peraturan Syarie dahulu. Sudah menjadi salah satu Rukun Iman di dalam Islam, bahawa percaya kepada Hari Akhirat. Usahkan kes liwat seperti yang Saiful katakan itu, bahkan Sumpah Laknatnya itu pun akan dibicarakan juga. Ini asas agama dan semua yang mengaku Islam wajib yakin bahawa adanya hari perbicaraan dan pembalasan. Begitu juga, jika seorang doktor di Pusrawi yang memeriksa dubur Saiful mengesahkan tiada kesan liwat, jika beliau berbohong dengan laporannya itu maka tetap akan dibicarakan. Termasuk juga 3 doktor pakar dari HKL yang juga melaporkan tiada kesan liwat ke atas dubur Saiful, jika mereka berbohong mereka tetap akan dibicarakan. Ini semua adalah perkara yang wajib diyakini oleh orang-orang Islam walaupun tanpa Saiful memberitahunya.

Oleh yang demikian, sebagai manusia yang masih tinggal di dalam dunia ini tambahan pula berada dalam sebuah negarayang mengamalkan undang-undang serta sistem kehakiman seperti yang ada, maka wajib juga bagi DS Anwar berikhtiar untuk mempertahankan dirinya dari dianiayai atau dizalimi. Beliau tidak minta kes beliau dibuang tanpa alasan yang munasabah kerana beliau sedar siapa diri beliau di mata kerajaan. Yang penting bukti mesti ada dan kukuh serta keadilan untuk sidituduh dan menuduh mesti diberikan, maka teruskan saja perbicaraan. Tentang urusan di hari Akhirat semua makhluk pasti melaluinya. DS Anwar juga pernah berkata bahawa kezaliman yang berlaku terhadapnya sebelum ini dan juga beberapa tuduhan dan fitnah sebelum ini juga pasti dibicarakan di Akhirat dan mereka yang bersalah pasti tidak akan dapat lepas dari pembalasan Rabbul Jalil.

Nasihat saya buat Saiful, tabahkan hati untuk menghadapi hari perbicaraan nanti. Kita sama-sama tahu mahkamah di dunia tidak sama dengan mahkamah di Akhirat. Namun, usaha perlu dijalankan. Jika perlu menghafal mana-mana skrip perbicaraan nanti, tenangkan hati agar tidak tergigit lidah semasa perbicaraan kelak. Yang Hak Mesti DiTegakkan, Yang Bathil Bakal Dicaci.

Selasa, 16 Jun 2009

Anwar: Benarkan Chin Peng pulang

Anwar: Benarkan Chin Peng pulang




Atas dasar perikemanusiaan, bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, patut dibenarkan pulang ke Malaysia, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dia (Chin Peng) umur pun dah tua. Dia nak balik ke kampung halaman dia. Kita dah benarkan dulu," katanya dalam sidang media selepas berucap dalam Kongres Khas PKR di Bangi hari ini.

Sejarah kita kena dilihat secara objektif dan (kita) ambil sikap peri kemanusiaan. Yang sudah sudahlah, kita kerja," kata Anwar, sambil menyifatkan isu komunis dimainkan media pro-pemerintah.

Menurut Anwar, ketika berada dalam kerajaan dahulu, beberapa pemimpin Umno, termasuk beliau pernah berkunjung ke China dan bertemu dengan pemimpin Parti Komunis China.

"Kita ada perjanjian damai. Kita bawa balik perbagai tokoh termasuk, Shamsiah Fakeh dan beberapa (pemimpin) yang lain. Bagi saya, atas dasar kemanusiaan dan konsisten dengan dasar, kita kita harus maafkan (Chin Peng).

"Dari segi Islam, ketika pembukaan Mekah, Rasulullah memaafkan semua kafir Quraish yang menyerang, membunuh dan melakukan keganasan terhadap Islam dan penyokong Rasulullah. Maknanya ada masa kita berdamai," katanya.

Chin Peng, 85, tinggal dalam buangan di Bangkok dan telah memohon kebenaran kerajaan dan juga melalui mahkamah untuk pulang ke Malaysia.

Dilahirkan di Perak sebagai Ong Boon Hua pada 1923, Chin Peng dianugerahkan Order of the British Empire (OBE) dan dua pingat kerana membantu British melawan pendudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua.
Dia kemudiannya mengetuai Parti Komunis Malaya (PKM), yang disokong oleh China, melancarkan perang gerila terhadap penjajahan British dan kerajaan Malaysia, antara 1948 dan 1960.

Ahli-ahli sejarah menganggar kira-kira 2,000 tentera British dan pasukan keselamatan Malaysia terkorban serta 7,000 anggota komunis.

PKM kemudiannya menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada 1989 yang membenarkan beberapa pemimpin tinggi PKM pulang ke Malaysia.

Menurut Anwar lagi, Chin Peng harus dibenarkan pulang tetapi "ia tidak bermakna kita bersetuju dengan kesemua kesilpan yang telah dilakukannya".

Sebaliknya, kata beliau, pendiriannya mengenai Chin Peng itu adalah atas "alasan kemanusian" dan bukannya kerana beliau menyokong PKM kerana sewaktu masa mudanya, beliau menentang keras fahaman komunisme.

Banyak pihak, termasuk Persatuan Bekas Tentera Malaysia, menentang keras Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata sebarang saranan untuk membenarkan Chin Peng tidak akan dilayan dan menegaskan perkara itu hendaklah "ditutup".

Anwar berkata beliau menjangka Utusan Malaysia - akhbar milik Umno - akan "memutarbelit" kenyataannya mengenai Chin Peng hari ini.

Ada kemungkinan, katanya, mereka akan menulis tajuk "Anwar sokong Chin Peng" atau "PKR suara baru komunis".

..aku ingat dah abih isu mamat ni..rupanya ada lagi yang masih berjuang untuk memberi peluang kepada saudara chin peng..

...kalau saudara anwar ibrahim berkata demikian aku dari kuasa malaya akan menyokong kenyataan saudara anwar ibrahim ini..memang akhabr kerajaan akan berbuat demikian..da lepas ni boleh tengok pulak saudara ibrahim ali dari pasir mas akan buat satu lagi perhimpunan menghentam saudara anwar ibrahim,...berbaru ni dah buat perhimpunan rakyat merhain kali ni rakyat apa plak tak tau..kita sama sama tunggu ajalah..

..bagi tan ri sembab muhyidin yassin tolong fikir secara waras dan normal..jangan di sebabkan oleh kesembabpan anda tidak dapat berfikir secara rasional..nak tanya sikit muhyiddin sembab yassin ni ada ke dapat pingat dari kerajaan british?kah kah kah..pingat sukma pon takde lagi mahu banyak cerita..


Siapa Chin Peng



Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya. Bukan berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai, Chin Peng adalah seorang Cina Kantonis yang dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal , di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930. Buku memoirnya bertajuk "Chin Peng: Sejarah dari sebelahku" ("Chin Peng: My Side of history") diterbitkan di Singapura.


Kisah hidupnya
Semasa kecil Chin Peng minat sekali membaca bahan-bahan media cetak dan menyoroti perkembangan di negara China. Ketika itu berlaku pertikaian antara Chiang Kai Shek dan Mao Zedong. Tentera Jepun pula merampas Manchuria dan menguasai pedalaman China. Negara China merupakan tanah kelahiran bapa dan nenek moyangnya di kawasan Kwantung.

Semasa berumur 15 tahun, Chin Peng mempunyai perasaan yang dekat dengan nasionalis berpendidikan barat Ching Kai Shek yang menguasai kawasan selatan China dan Taiwan. Tapi buku kecil 'On Protacted War' karangan Mao Zedong mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme. Tekadnya jelas untuk menentang Jepun yang kemudian menyerang Tanah Melayu tahun 1941.

Pada tahun 1940, beliau diterima untuk menyertai Parti Komunis Malaya iaitu satu cabang Parti Komunis China di seberang laut. Dia turut menyertai Force 136, satu pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu. Ketika itu umurnya baru sahaja 18 tahun.

Chin Peng memimpin MPAJA atau Malayan People Anti Japanese Army, sebuah pasukan gerila bagi menentang Jepun. Tentera British (Pasukan Special Air Services dan MI6) yang diterjunkan di hutan Perak, telah memberi pelbagai senjata, kewangan, latihan dan pelbagai peralatan lain bagi memperlengkapkan Force 136 dan MPAJA. Tentera MPAJA pernah menyerang tentera Jepun di Sungai Perak berhampiran dengan tebing Pasir Salak pada tahun 1942.

Atas jasanya terhadap perjuangan penentangan pendudukan Jepun, Chin Peng dijemput ke London untuk menerima medal 'Order of the British Empire ' kerana sumbangannya yang besar memimpin MPAJA dan Force 136 menentang Jepun. Tapi tekadnya untuk menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu dan menyingkirkan British dan akhirnya memerdekakan Malaya semakin membuak-buak selepas itu. Suasana aman dan maju di kota London meningkatkan azamnya untuk berjuang di dalam hutan Tanah Melayu.

..itulah serba sedikit kisah chin peng yang amat di benci oleh rakyat malaysaia..
..aku pun tak paham kenapa kite perlu berdendam..
..kebanyakan kiter orang melayu dan beragama islam..
..Islam menggalakkan kiter berdendam ke..
..Islam menggalakkan kiter bermusuh ke..

..fikir fikirkanlah...

-D'Perbatasan

Berbezakah Ahli PKM dengan Komunis China

Asalammualaikum, Aku terpanggil untuk membicarakan pendapat aku setelah membaca komen Timbalan Menteri Pengalah kepada Ketua pemuda umno yang komennya bertalu dan melulu mengenai pandangan brother DSAI mengenai Chin Peng yang hendak menghabiskan sisa hidupnya di Malaysia yang satu ketika dulu digempurnya tentera british yang memerintah malaya.

Kalau dalam buku2 sejarah terang2 menyatakan terdapat nasionalis islam bersama dengan nya menentang penjajahan inggeris.

Aku sangat mengerti dan faham isu ini sangat berat untuk dikupas kerana banyak luka-luka lama yang akan berdarah kembali, kalaulah fakta sejarah tidak di kona oleh penjajah dan penjajah pulak mengangkat kroninya untuk di berikan kemerdekaan memerintah, kebenaran fakta sejarah tidak dapat tidak memihak kepada pemerintah dengan memberi level isu sensetif. Mungkin itu orang dahulu yang serba kekurangan sumber maklumat dan batasan informasi. Era kini kalau kita tak tulis akan ada orang lain yang mengkaji dan tulis sejarah penjajahan di malaysia.

Isu hangat Chin Peng menjadi tajuk utama di setiap media mengutuk dan menghentam chin peng itu ini begitu begini, hinggakan naik muak aku nak baca pasal dalam masa yang tersiar gambar Amarhum bekas PM TAR berpelukan mesra sebab tersenyum dengan pengerusi Mao, di ganding gambar anaknya DSN yang berpeluk mesra dengan PM komunis China sekarang dengan pujian melangit setinggi gunung kerana menurut jejak langkah bapalah tapi masa TAR dulu kita diberi cuti satu hari sedang bersebelahan nya ada gambar Kecil chin peng era kini yang sudah tua.

Pesoalan di kepala otak aku apa beza komunis kecik dengan komunis besar. Apabila kita boleh berbaik dengan komunis besar takkan dengan komunis kecik tak boleh. Sebab aku masih percaya doktrin komunis kecik yang menjadi perjuangan dahulu masih sama dengan komunis besar, dan aku rasa kalaulah chin peng itu pengkhianat macammana pula yang berhubungan dengan China komunis itu tida boleh kita tuduh pengkhianat juga walau pun atas alasan kestabilan politik dan ekonomi. tapi aku bukan melulu kerana aku faham masalah ini di cuit mati anak di buang mati emak sejarah telah berlalu, kalau kerana pendapat aku ini aku membenarkan komunis kau orang dah silap kerana pasal BMA buat 'road block" depan rumah aku dulu bapak aku tampal dinding sekeliling dengan berlapis-lapis getah keping untuk melindungi ahli keluarganya.

Peperangan memang tidak baik untuk rakyat sebab rakyat jadi mangsa mainan politik hinggalah sekarang.Sebab dalam perperangan itu selalunya tiada undang -undang awam semuanya undang-undang tentera jadi siapa yang berkuasa mempergunakan semua undang2nya demi kepentingan masing, wahimah membunuh rakyat banyaksudah tidak menjadi hal. Kerana etika peperangan tiada keadilan hanya mencapai matlamat.

Melainkan apa yang di anjurkan oleh Islam. Dalam keadaan sekarang mana ada perlawanan atau perperangan yang adil melainkan perlawanan
Tinju yang mensyaratkan ketegori berat yang seimbang yang boleh masuk bertanding ketegori yang sama.Pada aku kalau era kini kira macam WWE....Allah maha Pengampun dan tak salah kalau kita juga menjadi pemaaf sebagaimana Rasullulah SAW..takkan sampai islam ke nusantara kalau Rasullulah bersifat dendam dengan kaumya di era Makkiah....serahkan urusan selebihnya kpd Allah SWT setelah kita menjadi pemaaf..mana tau chin peng menjadi muhammad chin peng ....
tak mustahil kan..?

wasalam.....

Isnin, 15 Jun 2009

Chin Peng Pernah Membunuh, Ibrahim Libya Pula Di Bunuh

Chin Peng Pernah Membunuh, Ibrahim Libya Pula Di Bunuh


ANDAIKATA menyokong Chin Peng bekas pemimpin PKM untuk pulang ke Malaysia bukan satu kesalahan, aku rasa patut juga aku sokong. Begitu juga jika kita menganggap Chin Peng adalah zalim, pembunuh dan membuatkan ramai keluarga mangsa komunis menderita sehingga sekarang, aku tidak nampak di mana bezanya pula si pembunuh As-Syahid Us Ibrahim Libya. Aku rasa yang terlibat dengan pembunuhan syuhada' tersebut ada di antaranya masih hidup dan masih makan di bumi Malaysia sekarang. Bagaimana pula perasaan kaum kerabat dan ahli keluarga Syuhada' yang ramai terbunuh di Memali beberapa tahun lalu? Bergembirakah atau menderitakah sekarang



Kita tiba-tiba marah apabila mendengar Chin Peng berhajat untuk kembali ke tanahair kelahirannya atas alasan terlalu besar jenayah yang beliau lakukan. Memang besar pun, dan Chin Peng ketika itu terlalu zalim. Bukan orang-orang Melayu sahaja yang pernah dizalimi oleh bekas pemimpin PKM ketika itu, bahkan ramai juga di antaranya kaum-kaum Cina. Jadi, ini bukan soal perkauman kerana kezaliman Chin Peng ketika itu melangkau isu perkauman. Kita jengok sebentar kes Memali? Siapa yang membunuh beberapa orang anak murid dan pengikut Us Ibrahim Libya? Dan, operasi pembunuhan di Memali ditujukan kepada satu bangsa sahaja iaitu orang-orang Melayu beragama Islam yang majoritinya dikatakan penyokong kuat Pas.



Chin Peng belum pun menjejak kaki ke bumi Malaysia, hiruk pikuk kita menentang dan marah. Bagaimana dengan mereka yang terlibat di dalam pembunuhan di Memali? Adakah kesemuanya mereka sekarang berada di luar negara? Jika benar mereka berada di luar negara, lebih baik kita pakat-pakat jangan benarkan Chin Peng dan pembunuh-pembunuh Us Ibrahim Libya tersebut balik ke tanahair kerana kedua-duanya zalim. Pada saya. sekurang-kurangnya Chin Peng telah mengikat janji perdamaian dengan kerajaan sewaktu pembubaran PKM dan ini sekaligus menunjukkan Chin Peng tidak mungkin berlaku zalim lagi. Mana pula perdamaian atau mohon maaf dari pembunuh Us Ibrahim Libya? Jika ada, lebih baik kedua-duanya dibenarkan menghirup udara kat tanahair tercinta kita ini.



Sebagai masyarakat yang semakin bertamaddun, segala keputusan kita perlu bijak. Jangan tutup mata sebelah dan membuka mata sebelah satu lagi. Kezaliman tetap kezaliman tidak kira siapa dan jika perlu dihukum, maka hukumlah mereka. Jika perlu dimaafkan, maka maafkan mereka. Deritanya ahli keluarga mangsa kekejaman komunis suatu ketika dahulu tidak lebih dan tidak kurang dari mangsa kezaliman peristiwa Memali. Jika semua yang berlaku zalim di dalam negara ini dihukum buang negara atau diusir, aku rasa tidak cukup tempat duduk dalam kapalterbang atau tongkang untuk membawa mereka-mereka ini keluar negara.

Teringat pula aku keluarga Altantuya dan anaknya, bagaimanakah perasaan keluarga beliau sekarang. Siapa pembunuh yang zalim terhadap beliau? Itu aku tak tahu. -D'Perbatasan

p/s:...tolak komunis, tolak nasionalis...
“...Mengapa kita takut sangat hal ini (isu Chin Peng). Rakyat negara ini bukannya buta sejarah, kita seharusnya sedar. Fahaman komunis hanyalah sebahagian sahaja dari pelbagai fahaman.“Orang komunis dan nasionalis sama sahaja seperti adik beradik kerana sama-sama menolak hukum Islam..Orang nasionalis tolak hukum Islam dan ambil separuh sahaja...”

YAB Menteri Besar Kelantan,
Tuan Guru Dato'Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sabtu, 13 Jun 2009

Kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Wajarkah Perbicaraan Diteruskan Sedangkan Banyak Keraguan Terhadap Kes Itu?


Satu detik bersejarah pasti akan berlaku Julai ini, pabila mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan menghadapi "kes liwat round keduanya". Jika dulu, dalam kes pertama, ramai yang mengaitkan mantan PM Mahathir Mohamad sebagai "Master Mind".

Dalam kes terbaru ini pula, ramai pihak yang jelas mengatakan ia adalah hasil "konspirasi jahat" yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak sebenarnya. Biarpun ia dinafikan, namun segala yang "tersurat bagai sudah tersirat", ditambah lagi dengan tersebarnya gambar kelibat Si Saiful dilihat berada di pejabat Najib tatkala menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu. Malah, ramai juga yang "tertawa" tatkala mendengar jawapan Najib bahawa memang Saiful ada berjumpa dengannya dulu. Tetapi katanya, Saiful memohon sokongan untuk meminta biasiswa bagi melanjutkan pelajarannya. Walhal umum sudah mengetahui yang Saiful tidaklah sebijak mana pun ketika di Uniten, malah beliau telah gagal menamatkan pengajiannya ketika itu. Maka, apakah alasannya dia tergamak berjumpa Najib untuk memohon biasiswa?.

Bukankah ini menimbulkan seribu persoalan?. Tambah aneh, bila Saiful berjumpa Najib tatkala beliau bekerja di pejabat Anwar ketika itu. Apakah alasan logik untuk seseorang yang bekerja dengan pemimpin pembangkang, boleh diterima sewenang-wenangnya mengadap seorang pemimpin kerajaan jika tidak ada "sebab musabab" yang kukuh. Malah, jika hari ini seorang pemimpin pembangkang cuba membuat "temujanji" untuk berjumpa dengan Najib sekali pun kemungkinan besar beliau akan menolaknya. Namun, kenapa Saiful mendapat layanan istimewa daripada pemimpin itu?. Bukankah ada sesuatu agenda tersembunyi sebenarnya !!

Apakah motif dan agenda yang tersembunyi sebenarnya?. Malah, tambah memilukan bilamana Saiful juga dilihat amat mesra dengan ramai lagi pemimpin UMNO yang bertaraf menteri ketika itu seperti Shahrir Samad, Mustapa Mohamad dan Azahlina Othman Said. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Seorang budak pejabat yang bekerja untuk Anwar diberi peluang dan layanan istimewa untuk bertemu dengan pemimpin UMNO. Malah, dikatakan pula memohon biasiswa. Sedangkan budak pejabat terbabit telah gagal dalam pelajarannya. Jika benar pun mahu memohon biasiswa, maka mana mungkin seorang TPM boleh memberi layanan sedemikian rupa kepada "budak pejabat Anwar" itu. Bukankah Saiful boleh pergi ke pejabat MARA lain-lain agensi terbabit jika benar beliau mahu memohon biasiswa?. Kenapa perlu berjumpa Timbalan Perdana Menteri? Dan kenapa juga perlu ke rumah Najib sebelum itu?.

Aneh, budak pejabat Anwar mesra dengan menteri dan budak pejabat Najib

Ada orang boleh terlalu mudah untuk ditipu. Tetapi ramai orang sebenarnya terlalu sukar untuk ditipu malah diperbodoh-bodohkan oleh "adengan sandiwara" ini. Lantaran itulah, Anwar terus mendapat sokongan padu dari rakyat biarpun kes ini sering dijaja ke hulu-ke hilir oleh pihak terbabit. Malah, beliau turut menang dengan majoriti yang lebih besar tatkala Piliharaya Kecil Permatang Pauh Ogos tahun lalu. Maka, disini jelas menunjukkan yang rakyat sudah tidak boleh dipaksa untuk menerima sesuatu yang "tidak masuk akal" dan "banyak misteri" itu. Inilah yang terjadi kepada Saiful Bukhari sebenarnya. Beliau layak digelar "mangsa liwat terpopular" kerana kes ini telah "membuat dirinya terkenal" dan inilah yang dimahukan oleh beliau sebenarnya. Kini namanya cukup terkenal seantero dunia sebagai "jantan sial" yang senantiasa menerima kutukan dan penghinaan daripada masyarakat. Lantaran itulah beliau amat takut untuk berhadapan dengan masyarakat apatah lagi menonjolkan dirinya dikhalayak ramai. Beliau seolah-olah berselindung disebalik tembok besi yang menanti hari untuk "dikorbankan". Bagi mereka yang menyokong UMNO dan kerajaan, mereka amat percaya dan taksub dengan kes ini. Kononnya Anwar memang "kaki liwat" dan suka "main bontot". Malah ada yang mengatakan ramai lagi mangsa-mangsa yang telah "diperlakukan" sedemikian rupa oleh mantan Timbalan Perdana Menteri itu selama ini.

Saiful Gagal Menghayati Skrip Dengan Baik



Perjalanan kes memang cantik dan telah dirancang dengan baik oleh mereka. Namun, skrip diatas kertas gagal digarap dengan baik oleh para pelakonnya. Inilah yang berlaku kepada Saiful Bukhari, diawal kes ini dibongkarkan dulu. Beliau membuat laporan polis selepas mengadakan pertemuan sulit dengan Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak. Alasan yang diberikan kerana hanya Najib sahaja yang layak untuk memberi khidmat nasihat kepada beliau. Tambahan pula Anwar adalah pemimpin politik yang disegani. Soalnya sekarang, kenapa Saiful tidak terus mengadap Perdana Menteri Pak Lah Badawi ketika itu?. Bukankah, kuasa Pak Lah lebih besar dari kuasa Najib?. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Malah, terdapat juga sumber maklumat mengatakan Saiful telah berhubung dengan pejabat Najib dan juga pihak tertentu di Kementerian Pertahanan (MINDEF) sejak bulan Februari 2008 lagi. Ini bermakna, sebulan sebelum beliau menjadi sukarelawan Keadilan dan Anwar sememangnya telah ada "connection" dengan Najib Razak. Sukar untuk Saiful menafikan perkara ini sebenarnya. Kerana ada pihak-pihak tertentu yang mempunyai bukti terdapat rekod panggilan Saiful dengan pihak terbabit. Persoalan juga timbul, kenapa ketika membuat laporan polis itu Saiful dihantar ke Balai Polis Jalan Travers oleh orang yang mempunyai hubungan rapat dengan bekas Ketua Pemuda Keadilan iaitu Ezam Mohd Nor?. Apakah kaitan beliau pula dengan individu tersebut. Malah, ketika membuat laporan polis Saiful sendiri gagal mengingati masa kejadian dan hanya sekadar menyebut tarikh ia berlaku sahaja. Wajarkah pihak polis terus menerima laporan tersebut, sedangkan ia agak hambar dan banyak persoalan yang timbul sebenarnya. Apakah ada "tangan-tangan belakang" yang mengarahkan semua ini berlaku.

Saiful Lapor Polis Disiasat, Tapi Anwar Lapor?



Sesuatu yang aneh juga dilihat berlaku, bila pihak polis begitu pantas bertindak secara cepat, adil dan betul bila "Saiful membuat laporan polis" terhadap Anwar. Sedangkan Anwar pula membuat laporan polis melalui peguamnya bahawa Saiful telah "menfitnah" beliau, pihak polis tidak pula berlaku "profesional" untuk terus menyiasat laporan tersebut. Wajarkan laporan seorang "anak muda" yang tidak disertakan "bukti" dan hanya sekadar "percakapan mulut" tetapi pihak polis bertindak pantas seperti kilat itu. Siapakah Saiful Bukhari ini sebenarnya?. Sedangkan sebelum ini dalam kes liwat pertama dulu pihak polis juga sepantas kilat menangkap dan menyiasat Anwar selepas menerima laporan yang dibuat secara paksa oleh Sukma Dermawan. Malah, terdapat bukti yang beliau serta penulis teks ucapannya diperlakukan sedemikian rupa oleh pihak polis bagi tujuan tersebut. Maka akhirnya pihak polis yang begitu ptofesional itu telah mengusung "tilam liwat" (foto) hingga memalukan rakyat Malaysia. Setelah penat mengusung tilam ke mahkamah, akhirnya kes itu dibuang dan Anwar dituduh rasuah kerana menggunakan kuasanya untuk menghalang pegawai polis melakukan siasatan kes tersebut. Walhal Anwar menghalang "polis membuang masa" menyiasat kes "konspirasi jahat" terhadap dirinya. Itu pun dijadikan kesalahan sebagai rasuah dan akhirnya Anwar dipenjara selama 6 tahun atas kesalahan itu. Sedangkan tilam yang diusung itu entah ke mana hilangnya. Itu bukti kukuh yang dibawa oleh pihak polis semasa perbicaraan kes tersebut. Kini, sekali lagi apakah tilam juga akan dijadikan bahan bukti untuk mensabitkan Anwar meliwat Saiful.

Sampel DNA, Cari Bukti Atau Buat-Buat Bukti?

Adalah menjadi hak kepada orang yang tertuduh untuk mendapatkan bukti serta dokumen berkaitan untuk membolehkan para peguamnya membuat pembelaan. Jika beginilah cara undang-undang ditangani, maka amat beruntunglah Si Saiful. Ini kerana dalam tempoh selama setahun ini sudah pasti banyak bukti-bukti yang telah "direka oleh pihak polis" bagi membolehkan Anwar "tetap ke dalam" juga akhirnya. Antaranya, Saiful dengan jelas mengatakan yang beliau mempunyai video rakaman "adengan kes tersebut". Malah, pihak polis juga sebelum ini pernah memaksa Anwar untuk memberikan sampel DNA semasa ditahan di IPK Kuala Lumpur dulu. Kerajaan juga telah cuba untuk meminda akta DNA bagi membolehkan mereka yang dituduh membenarkan DNA diambil sebagai barang bukti. Walhal, rakyat sememangnya sudah sedar dengan apa yang akan berlaku. Tujuan pengambilan sampel DNA tersebut adalah jelas, untuk mensabitkan mereka yang tidak berdosa sebagai "bersalah". Malah, mantan Perdana Menteri Pak Lah Badawi sebelum ini juga pernah berkata bahawa "DNA yang diambil dari tubuh badan Anwar 10 tahun lalu sudah tidak boleh digunakan lagi". Padahal, semua orang tahu bahawa DNA sebenarnya boleh digunakan untuk tempoh yang lama. Di sini jelas menunjukkan betapa "dangkalnya" alasan yang diberikan oleh mantan Perdana Menteri Pak Lah Badawi itu. Akhirnya timbul cerita akta DNA mahu digubal di parlimen bagi membolehkan sampel DNA diambil kepada orang yang dituduh dalam mana-mana kes jenayah. Namun, masalahnya ialah apakah yang akan terjadi jika sampel DNA itu sebenarnya yang dijadikan sebagai bukti untuk mengaitkan orang yang tidak bersalah dan hanya suspek kes tersebut nanti. Inilah yang menimbulkan keraguan dan persoalan sebenarnya. Jenayah di Malaysia hanya diselesaikan secara profesional jika ia tidak melibatkan "politik", namun kiranya ia ada unsur-unsur politik maka undang-undang dan keadilan akan menjadi "carca merba" . Inilah yang ditakuti berlaku terhadap Anwar sebenarnya. Malah cara tangkapan Anwar juga dilihat "amat zalim" dan "tidak masuk akal", seolah-olah pihak polis telah mendapat arahan dan tekanan pihak atasan.

Tuduhan Liwat Terhadap Anwar, Berbelit-Belit



Sesuatu yang aneh juga berlaku, bila Saiful berbelit-belit dalam membuat pengakuan serta menuduh Anwar "meliwat dirinya". Pada awalnya mengaku diliwat berkali-kali, kemudian bertukar kepada suka sama suka (dengan rela) dan akhirnya dipaksa pula. Bukankah disini jelas menunjukkan bahawa Saiful tidak konsisten dalam memberikan keterangannya berhubung kes ini. Malah, pihak polis juga disyaki telah merekodkan keterangan yang jelas "memaksa" Anwar mengemukakan jadual hariannya pada 26 Jun 2009 itu. Maka dengan keterangan itulah masa kejadian dapat ditetapkan oleh pihak polis dan bukan Saiful sendiri. Inilah yang berlaku dalam kes liwat pertamanya dulu, masa kejadian juga "tunggang terbalik" sekejap tahun ini, sekejap tahun itu dan kemudian bertukar lagi tahun kejadian. Malah, lebih msiteri lagi bila buku harian Anwar yang ada pada pihak polis juga telah hilang dan "membawa diri". Seolah-olah, buku itu tahu yang tuannya akan terlepas daripada tuduhan jika ia dijadikan "bahan bukti". Maka, akhirnya merengkoklah Anwar di Penjara Sungai Buloh ketika itu. Justeru itulah, keraguan untuk kes ini timbul lagi sekarang. Apakah benar Saiful dipaksa dan kenapa jika beliau telah diliwat untuk kali yang pertama tetapi masih sanggup "menonggeng bontotnya" untuk kali kedua dan seterusnya. Bukankah Saiful itu kudratnya lebih kuat daripada orang tua seperti Anwar. Kenapakah beliau tidak melawan atau membuat laporan polis pada awal kejadian dan bukannya menunggu disaat-saat akhir baru ingin bertindak. Jika ia berlaku secara "suka sama suka" pula, kenapa hanya Anwar yang dikenakan tuduhan dan tidak Saiful sekali?.

Laporan Pusrawi Buktikan Si Saiful Berdusta !!


Biarpun laporan perubatan Hospital Pusawi (foto), yang dibuat oleh Dr.Muhamad Osman yang berasal dari Myanmar itu dianggap sebagai tidak benar dan tersalah oleh pihak berkenaan. Namun, wajarkah ia dipertikaikan diluar mahkamah?. Sedangkan perkara itu dibongkarkan oleh doktor yang merawat Saiful sebelum beliau membuat laporan polis bahawa dirinya diliwat. Kenapa Saiful gagal mengikut arahan doktor terbabit, jika pun beliau mahu mengaku dirinya "memang diliwat" oleh Anwar. Amatlah tidak masuk akal bila seorang pesakit masih mahu menghebohkan seantero dunia bahawa dirinya sakit, sedangkan doktor telah mengesahkan beliau tidak sakit. Ini bermakna memang ada motif-motif tertentu kenapa Saiful berbuat demikian. Biarpun pihak pengurusan Hospital Pusrawi juga mempertikaikan kesahihan laporan tersebut, namun segalanya telah tersebar luas dalam media dan internet. Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan memang boleh mendesak pengurusan hospital terbabit memesongkan fakta, kerana mereka tahu jika ia diterima sudah pastilah pihak polis akan dipersalahkan kerana cuba membuat tindakan drastik terhadap Anwar sedangkan beliau belum pasti bersalah. Malah, ia juga membuktikan bahawa laporan polis yang dibuat oleh Saiful kononnya dia diliwat adalah "pembohongan" dan "pendustaan" semata-mata. Soalnya sekarang, kenapa pihak polis tidak pula membuat siasatan terhadap laporan perubatan tersebut, malah cuba pula menekan doktor yang berkenaan sehingga beliau terpaksa bercuti dan akhirnya dipinggirkan daripada Hospital Pusrawi. Besar kemungkinan juga pihak pengurusan Pusrawi juga telah ditekan untuk menafikan laporan tersebut.

Jika tidak, lesen operasi mereka akan ditarik balik oleh kerajaan. Inilah yang menyebabkan pihak Pusrawi juga menafikan profesinalisme doktor terbabit dan hanya mengatakan dia adalah pegawai perubatan biasa sahaja. Malah, mereka turut menyatakan bahawa doktor terbabit bukanlah doktor pakar "liwat". Soalnya juga, apakah ada jawatan khas di mana-mana hospital "Pakar Liwat"?. Apa yang kita tahu selama ini ialah "Pakar Sakit Tuan" dan "Pakar Sakit Puan". Masalahnya juga, ketika Saiful diperiksa beliau tidak mengatakan dirinya diliwat. Maka itulah beliau diperiksa. Cuma beliau mengatakan yang terdapat benda keras masuk ke dalam lubang duburnya. Malah, pusat perubatan swasta itu turut menafikan ia pernah mengeluarkan sebarang maklumat rasmi mengenai laporan perubatan Saiful yang mengadu telah diliwat oleh Anwar.


Pengarah Pusrawi, Wan Mahmood Wan Yaacob (foto) telah berkata ketika itu bahawa Dr. Mohamed Osman merupakan hanya seorang pegawai perubatan am yang bertugas di klinik kemalangan dan kecemasan hospital itu dan bukannya seorang doktor pakar.“Dr. Mohamad Osman telah menasihatkan pesakit Saiful supaya diperiksa lanjut oleh doktor pakar di hospital kerajaan. “Tidak ada pemeriksaan dilakukan selanjutnya berkaitan dengan aduan liwat,” kata beliau. Pusrawi melahirkan pandangan selepas kelmarin laporan perubatan yang tidak disahkan daripada hospital itu mendedahkan pemeriksaan ke atas Saiful, empat jam selepas beliau membuat laporan polis terhadap Anwar pada 28 Jun 2008, didakwa tidak mempunyai bukti berlakunya kes itu".

Sedangkan dalam akuan bersumpahnya, Dr.Mohamed menyatakan :-


Beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan, Dr. Muhamad Osman (foto), rakyat Myanmar berkata, Saiful pada peringkat awal telah diserah untuk menemui seorang doktor wanita. Bagaimanapun oleh kerana Saiful mahu dia hanya diperiksa doktor lelaki, dia diserahkan kepada Dr. Muhamad Osman. "Melalui pengalaman saya, saya telah berhadapan dengan banyak kes yang serupa, yang diadu oleh pesakit (Saiful) dan oleh itu, saya telah menjalankan pemeriksaan yang sesuai ke atas pesakit dan saya telah merekodkan penemuaan-penemuaan saya dalam fail pemeriksaan perubatan standard hospital," kata beliau dalam akuan bersumpah bertarikh 1 Ogos lalu. Beliau mengakui mempunyai status penduduk tetap Malaysia dan tinggal di B-24-3, Menara City One Condominium, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur. Beliau memperoleh kelulusan perubatan daripada Institute of Medicine 2, University of Rangoon pada 1977. Dr. Muhamad Osman berhijrah ke Malaysia pada 1995 dan berkhidmat dengan RISEAP sebagai Pegawai Perubatan dan kemudian dengan HIKMAH di Sarawak sebagai Pegawai Perubatan sehingga 1999, di Hospital Universiti (2000 hingga 2007) dan Hospital Pusrawi sejak awal tahun 2008.

Daripada dua keterangan ini, jelas membuktikan kepada kita memang terdapat unsur-unsur tekanan sehingga menyebabkan Hospital Pusrawi terpaksa "menghina" kakitangan mereka sendiri dan sanggup bersetuju dengan kenyataan Saiful Bukhari yang beliau telah diliwat biarpun telah disahkan oleh doktor terbabit. Bagi mereka yang tidak mempunyai hati dan minda yang baik, mungkin akan terpengaruh dengan kenyataan ini. Namun, bagi rakyat yang bijak mereka tahu yang pihak pengurusan Pusrawi telah ditekan agar menarik balik kandungan laporan perubatan itu, jika tidak mahu lesen premis itu ditarik balik oleh pihak kerajaan. Mana mungkin sebuah hospital yang telah beroperasi sejak sekian lama, mahu menggadaikan masa depan mereka hanya kerana mempertahankan profesionalisme kakitangan mereka. Maka itulah akhirnya mereka terpaksa tunduk dengan kemahuan dan kehendak kerajaan.

Fakta Liwat Yang Telah Memusnahkan Skrip


Berikut adalah dua fakta yang telah memerangkap Saiful dalam kes ini. Beliau telah gagal memahami kaedah sebenarnya untuk tujuan tersebut. Niatnya ikhlas dan jujur tetapi beliau berada dipihak yang sebaliknya. Maka akhirnya kejujuran itu jelas telah memerangkap dirinya. Lantaran itulah selepas dua jam beliau diperiksa di Hospital Pusrawi, barulah beliau pergi ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Namun sesuatu yang beliau tidak jangka iaitu Yang Saiful tahu: Saiful mengetahui, apabila beliau mengadu kesakitan pada bahagian dubur, maka pegawai perubatan akan melakukan pemeriksaan secara komprehensif pada dubur beliau, menggunakan peralatan-peralatan dan lampu suluh yang dibekalkan oleh pihak hospital. Salah satu alat pemeriksaan dubur dikenali sebagai disposable proctoscope, mempunyai diameter kira-kira 21 mm (atau 2/3 saiz zakar normal semasa ereksi penuh). Ya, pada fikiran Saiful saiz 21 mm cukup untuk memberi kesan kecederaan pada duburnya. Yang Saiful tidak tahu: Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid (PR No: A 358617) telah menggunakan sejenis pelincir pada bahagian muncung proctoscope tersebut, bagi mengelakkan berlaku kecederaan ke atas dubur pesakit. Doktor juga tidak akan memasukkan lampu suluh ke dalam dubur pesakit, walaupun pesakit merayu-rayu supaya diperlakukan sebegitu rupa! Hasil pemeriksaan adalah seperti laporan perubatan Hospital Pusrawi, tiada kesan kecederaan atau pendarahan pada dubur Saiful. Selepas selesai pemeriksaan di Hospital Pusrawi, Saiful telah begitu yakin bahawa duburnya telah koyak akibat ditembusi oleh proctoscope tesebut. Dalam tempoh 2 jam selepas itu, beliau telah pergi ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk mengadu beliau telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Adalah tidak menghairankan jika pihak hospital kerajaan terbabit telah menemui kesan penetrasi pada dubur Saiful. Nafsu seks Saiful adalah di luar normal, di mana Saiful berfantasi proctoscope tersebut adalah zakar Anwar seperti yang diperkatakan dalam lafaz sumpah laknatnya.


Mana Betul, Laporan Polis Saiful Atau Pusrawi




Persoalan inilah yang sedang bermain difikiran rakyat sekarang ini. Antara laporan polis Saiful dengan laporan perubatan hospital Pusrawi (foto), mana yang lebih benar dan relevan agaknya. Saiful membuat laporan polis tanpa membawa bukti-bukti yang kukuh serta saksi yang beliau telah diliwat. Sedangkan, beliau sepatutnya membawa bukti perubatan seperti itu seandainya benar beliau diliwat oleh Anwar. Kes ini melibatkan pemimpin politik negara dan bukan boleh sekadar main-main. Malah, jika Saiful tidak menerima laporan perubatan Pusrawi itu maka beliau sepatutnya pergi ke hospital kerajaan seperti yang diarahkan oleh Dr.Muhamad Osman untuk membuat rawatan susulan. Soalnya sekarang, kenapa laporan perubatan hospital kerajaan tidak dibawa bersama semasa beliau membuat laporan polis itu. Sedangkan beliau mempunyai masa untuk berbuat demikian. Kenapa Saiful tergesa-gesa untuk membuat laporan, ketika segala bukti yang ada belum mencukupi untuk beliau mensabitkan Anwar dengan pertuduhan tersebut. Wajarkah pihak polis menerima bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh Saiful. Kemungkinan besar beliau menfitnah Anwar demi kepentingan peribadinya. Atau mungkin juga mendapat arahan pihak-pihak tertentu. Namun, kenapa polis lebih mempercayai Saiful daripada Anwar yang menyatakan beliau difitnah selepas itu?. Justeru itu, sebagai rakyat wajarkah kita menerima kenyataan Saiful yang tidak berlandaskan fakta, berbelit dan tiada bukti yang kukuh itu. Sedangkan Dr.Muhamad Osman menyediakan fakta dan bukti yang kukuh biarpun ia dinafikan oleh pihak berkenaan. Maka itu, jelaslah kini bahawa kes terbaru Anwar memang wujudnya unsur-unsur keraguan yang munasabah untuk ditolak oleh mahkamah. Malah, timbul juga persoalan kenapa Saiful tidak mahu menyaman doktor dan hospital terbabit kiranya laporan itu tidak benar serta "fitnah semata-mata"?. Sebaliknya beliau begitu berselera untuk menyaman blog Pahang Daily Online yang kononnya membuat "fitnah tentang penyakit" yang beliau alami selepas membuat sumpah laknat terhadap kes ini?. Apakah beliau takutkan sesuatu atau sengaja mahu mengelak dari kebenaran terbongkar?

Akuan Sumpah Laknat Yang Amat Dipertikaikan



Saiful juga banyak menimbulkan keraguan dari segi membuat akuan sumpah laknatnya di Masjid Wilayah sehari sebelum hari pencalonan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi calonnya. Timbul persoalan, kenapakan tarikh itu yang dipilih untuk "sumpah laknat" sedangkan banyak lagi tarikh-tarikh lain yang lebih sesuai. Malah, cara dan kaedah beliau bersumpah juga menjadi kesangsian dikalangan para ulamak. Apatah lagi dengan cara beliau memegang Al-Quran dengan tangan kiri tanpa rasa hormat terhadap kitab suci itu. Malah, cara beliau melafazkan sumpah laknat juga langsung tidak menampak yang Saiful seorang "mangsa liwat". Beliau kelihatan ceria dan begitu bersemangat sekali untuk "mencari populariti" dan "kemasyuran" dengan sumpah yang dilafazkan itu. Hingga menyebabkan beliau terlupa dan tersilap tarikh kejadian serta lafaz yang dibuat itu. Akhirnya timbullah nama Iman Ramlang Porigi, yang dikatakan menjadi saksi acara itu. Walhal Iman terbabit dikatakan baru selesai menjadi Iman majlis akad nikah pada hari dan masa yang sama. Atas arahan pihak atasan, beliau dipaksa hadir ke program berkenaan. Akhirnya nama Imam Ramlang tercemar dek kerana insiden itu, hingga menyebabkan beliau terpaksa naik ke pentas ceramah di Permatang Pauh untuk menyatakan perkara yang sebenarnya berlaku. Gara-gara kes ini akhirnya Imam Ramlang ditukarkan ke JAKIM dan akhirnya dipecat dari jawatan beliau. Soalnya sekarang, kenapakah beliau harus dipecat jika menyatakan kebenaran?. Bukankah ada wujud satu konspirasi dalam insiden ini, yang akhirnya menyebabkan Imam Ramlang turut menjadi mangsa. Gara-gara sumpah laknat itu juga menyebabkan, puak-puak UMNO menjaja kononnya Anwar bersalah kerana takut untuk menyahut cabaran Saiful untuk bersumpah. Walhal, ramai ulamak mukhtabar yang melarang ia dilakukan sebenarnya. Malah, biarpun perbuatan Saiful itu disokong oleh kerajaan namun ramai lagi yang pihak yang mempertikaikan kewajarannya. Akibat sumpah Saiful jugalah menyebabkan Anwar menang besar di Permatang Pauh dan kini bergelar Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia.

Jalan Terakhir, Pindah Kes Ke Mahkamah Tinggi



Setelah melihat segala yang berlaku ini bagai akan membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terlepas daripada pertuduhan yang telah dibuat. Maka itulah usaha terakhir ialah memindahkan kes ini dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Biarpun sijil perpindahan dipertikaikan oleh Anwar dan peguamnya kerana ia ditandatangani oleh Peguam Negara, Ghani Patail iaitu individu yang terlibat dalam kes "memalsukan laporan mata lebam Anwar" dulu, namun segala perancangan ini terpaksa jua dilakukan demi "survival perjuangan" pihak berkenaan. Jika Anwar dibiarkan terus bebas seperti sekarang, mereka gusar ia akan menggugat masa depan politik mereka. Akhirnya kes tersebut dipindahkan dalam keadaaan yang meragukan. Pertamanya, hakim bicara iaitu SM Koomathy telah "hilang" dan dikatakan bercuti tanpa membenarkan kes itu ditangguhkan seperti kebiasaannya. Walhal sepatutnya Hakim berkenaan perlu mengendalikan kes tersebut, kerana beliau telah memulakannya sejak dari awal lagi. Namun, bagaikan satu "silap mata", beliau dicutikan tanpa kerelaannya. Ini kerana mereka tahu Hakim SM Komathy terlalu "jujur, bertanggungjawab dan ikhlas" dalam melaksanakan tugasanya. Justeru itu, hakim tersebut wajar dihilangkan seketika untuk membolehkan keputusan "segera" dibuat bagi memindahkan kes berkenaan. Maka akhirnya, biarpun segala pertikaian dibuat ia dipindahkan juga ke Mahkamah Tinggi. Walhal mantan Perdana Menteri Pak Lah Badawi pernah menegaskan yang Peguam Negara tidak akan terlibat atau campurtangan dengan kes liwat Anwar itu. Inilah bukti jelas yang satu permainan "ala hakim coklat hacks" telah berlaku semua di mahkamah. Mereka juga bebas menentukan siapakah hakim yang layak untuk membicarakan kes liwat itu nanti. Apa yang pasti hakim berkenaan wajarlah membuat aku janji dan sumpah taat setia kepada kerajaan dalam menentukan segala keputusan yang bakal dibuat terhadap kes ini sebenarnya. Sebab itulah kita tidak hairan bila Saiful Bukhari mendabik dada kononnya beliau berada di pihak yang benar dalam kes ini. Kerana beliau tahu yang banyak pihak akan membantu beliau untuk berhadapan dengan Anwar nanti.

Kerana Habuan, Saiful Gusar Kes Digugurkan?


Sementara itu Saiful Bukhari, "mangsa liwat" Anwar itu juga nampaknya amat gusar kiranya kes liwat beliau ini digugurkan sebelum hari perbicaraan sebenar pada 1 Julai ini. Mungkin kerana beliau takut, dirinya akan dituduh "gagal melaksanakan" tanggungjawab yang telah diamanahkan itu agaknya. Kenyataan terbaru Saiful ini juga menimbulkan seribu persoalan dan menunjukkan yang beliau semakin "gelabah" sebenarnya. Beliau perlu akur, bahawa tidak ada mana-mana kes yang layak dibicarakan tanpa memberi ruang yang seluas-luasnya untuk pihak tertuduh membuat pembelaan. Ini membuktikan bahawa memang terdapatnya konspiorasi jahat pihak tertentu untuk mensabitkan dan menjatuhkan Anwar dengan kes ini. Mereka mungkin mahu menghalang kemaraan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Kerana mereka tahu yang UMNO dan Barisan Nasional, secara dasarnya telah ditolak oleh sekalian hamba rakyat. Kerajaan yang ada sekarang ini umpama "hidung tak mancung tapi pipi tersorong-sorong", maknanya orang sudah tidak mahu lagi kepada mereka tetapi masih mahu mengaku kononnya mendapat sokongan rakyat. Apakah Saiful bakal dijadikan sebagai "batu loncatan" ke arah memastikan "riwayat politik Anwar" terkubur agaknya?. Maka itulah Saiful takut jika kes ini digugurkan, mungkin beliau belum menerima segala habuan yang dijanjikan itu agaknya. Luahan itu telah dibuat dalam posting terbaru blog peribadi beliau. Dalam kenyataan ringkas beliau itu Saiful telah menyatakan bahawa :-

"Begitulah tuntutan terkini pejuang ''KEADILAN'' tersohor negara ini sebelum hari perbicaraan yang akan bermula dalam masa lebih kurang 19 hari lagi. Percayalah, pelbagai alasan lagi akan dicanang bagi mengelirukan rakyat serta untuk beliau mengelakkan diri daripada dibicarakan di Mahkamah kelak. Adakah tidak cukup ruang dan keadilan yang Mahkamah beri selama 1 tahun kes ini ditangguh? Hujah saya di sini, sini, sini, sini Dimana keadilannya buat si pengadu jika kes digugur sebelum dibicarakan? Melalui maklumat yang saya terima, segala dokumen yang sepatutnya telah pun diserahkan 6 Bulan lepas, malah ada diantaranya jarang sekali diberi kepada pihak tertuduh. Maaf kata, jika tertuduh itu ''orang biasa'', jangan mimpi mereka akan dibenarkan membuat tuntutan-tuntutan dan diberi keistimewaan seperti yang beliau dapat. Walau bagaimanapun, saya serahkan kepada kebijaksanaan pihak Mahkamah dan Pendakwaraya dalam mempertimbangkan tuntutan-tuntutan keterlaluan beliau ini. Yang penting bagi saya, perbicaraan pada 1 Julai ini harus dijalankan."


Apa yang jelas dapat dilihat dalam kenyataan ini, jelas menggambarkan bahawa Saiful sebenarnya yang amat takut dengan tuntutan yang dibuat oleh peguam-peguam Anwar itu. Tambahan pula, jika kes ini digugurkan maka ia memberi tamparan hebat buat beliau kerana gagal menyudahkan "skrip sandiwara" yang telah dirancang sekian lama dengan pihak-pihak tertentu. Semalam, dalam notis usulnya yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah, Anwar mahu pendakwa raya membekalkan dokumen tersebut sebelum perbicaraan kes liwatnya bermula dari 1 Julai hingga 24 Julai depan. Antara yang diminta Anwar ialah pita rakaman CCTV yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008, contoh DNA, kenyataan-kenyataan saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kenyataan polis. Anwar, yang turut menyertakan afidavit sokongannya, memfailkan permohonan itu melalui Tetuan S.N.Nair and Partners, baru-baru ini. Beliau menamakan pendakwa raya sebagai responden. Dalam permohonan itu, Anwar mahu semua dokumen itu dikemukakan sebelum perbicaraan kerana dokumen itu amat diperlukan, relevan dan mustahak bagi Anwar menyediakan pembelaannya dengan rapi dan bernas. Anwar juga memohon mahkamah supaya sebarang prosiding kes liwatnya ditangguhkan atau digantung sementara menunggu dan sehingga permohonan itu selesai.

[Maka dengan penjelasan dan beberapa fakta yang diberikan ini, jelas sekali membukti bahawa terdapat banyak unsur keraguan yang munasabah untuk membolehkan kes ini ditangguh malah digugurkan sebenarnya. Pahang Daily Online juga amat pasti dan yakin, jika kes ini diteruskan juga maka rakyat sudah boleh membaca serta menjangka apakah keputusan yang bakal dihadapi oleh Anwar Ibrahim nanti sebenarnya. Bayangkan, Anwar terpaksa berhadapan dengan kes liwat yang melibatkan Saiful Bukhari yang dibantu oleh pihak polis, mahkamah, serta yang berkaitan. Bukankah ini amat zalim sebenarnya. Justeru itu kami menyeru seluruh rakyat agar dapat mendoakan semoga kebenaran akan tersingkap jua akhirnya. Maka itu juga, kami tidak hairan Pendakwaraya gagal menyerahkan segala dokumen yang berkaitan kepada peguam Anwar. Mereka mungkin telah merancang segalanya termasuk DNA, rakaman CCTV dan sebagainya. Malah, beberapa bulan yang lalu Saiful Bukhari juga dengan bangganya menyatakan beliau turut mempunyai bukti "rakaman video" adengan liwat yang berlaku terhadap dirinya itu. Bukankah sesuatu yang aneh? Siapakah yang merakamkan adengan itu sebenarnya. Apapun, sama-sama kita tunggu dan lihat serta nantikan semua ini].

-D'Perbatasan

Sabtu, 6 Jun 2009

Apabila Agama Menjadi Minoriti.



Saya benar-benar terpanggil untuk menulis artikel ini setelah membaca satu artikel disini.

Kita mungkin ingin bertanya, mengapa si polan itu mendedahkan aurat, mengapa mereka berdua itu berpegang tangan tampa ikatan perkahwinan, mengapa mereka membenci masjid dan solat berjemaah, mengapa mereka sanggup menghina ketetapan ilahi dalam al-quran dalam bab ekonomi, urusan negara dan sebagainya.

Artikel yang saya baca itu mendedahkan betapa orang-orang melayu yang beragama islam sanggup menjual kehormatan mereka, berpelukan, berpakaian umpama telanjang, berciuman bersama apa yang mereka i'tirafkan sebagai kekasih, di dalam satu majlis anjuran mereka sendiri.Biarpun fenomena ini bukan satu yang baru. Bersepah di dalam friendster dan myspace gambar-gambar yang menjelekkan, berpelukkan dan bertelanjangan, dan mengi'tiraf itulah bukti cinta mereka sedangkan agama sama sekali tidak mengi'tiraf perbuatan sumbang dan derhaka mereka itu.



Kebebasan untuk menyuarakan kebenaran sudah disekat, namun kebebasan untuk melakukan dosa terbuka dengan begitu luas malah kadang-kala disokong pula.Jika 4000 orang polis yang dikerahkan menghadapi perhimpunan bersih itu dikerahkan membersihkan tempat-tempat maksiat diseluruh ibu kota Kuala Lumpur yang penuh lumpur maksiat itu, masakan tidak berhasil apa-apa?Anak muda didedahkan dengan konsert-konsert yang pelbagai, membudayakan hedonisme ciptaan yahudi dan nasara kemudian konsert itu dengan mudah mendapat permit. Permit untuk apa?Untuk menjahanamkan sahsiah modal insan yang bakal menerajui tampuk pemerintahan negara ini kelak?

Hilang identiti

Kemanakah perlaksaan modal insan yang dilaungkan?Jika pelajar universiti yang bakal mengisi tempat professional didalam masyarakat menjadi serosak itu akhlaknya, apalagi yang harus dibanggakan dengan slogan Islam Hadhari, Modal Insan, dan sebagainya.Jangan hanya bermain dengan slogan dan ummat terus jahanam didalam suasana kehancuran yang tidak dibendung oleh penguasa yang hanya memikirkan soal pembangunan mererialistik sempit.


Jika mat rempit yang rosak mungkin kita tidak bertempik sebegini.Jika bohsia dan bohjan yang jahanam akhlaknya mungkin tidak sekeras ini saya menulis.Tetapi apabila pelajar yang nantinya akan membina kerjaya sebagai engineer yang rosak, apalagi yang harus saya tunggu untuk melunakkan suara terhadap kegagalan tamadun malaysia ini?Kemanakah berambusnya identiti ketimuran mereka?Atau mereka sudah menganggap mereka telah menjadi barat hanya kerana berada dipantai barat semenangjung malaysia?

Saya berfikir, mungkinkah insan yang inginkan agama sudah menjadi minoriti? Tapi mungkin juga tidak tepat sangkaan itu.Sebenarnya perasaan beragamalah yang sudah menjadi minoriti.Apabila menjadi minoriti, perasaan itu akan tewas kerana dunia demokrasi mengajarkan, majoriti akan menang terhadap minoriti.Namun islam mengajarkan, kebenaran akan menang mengatasi kebatilan.

Cucur Udang!



Salam sahabat blog...


Hari ni saya terasa ingin bercerita. Satu cerita yang pada saya menarik untuk saya kongsikan dengan sahabat. Maaflah kalau pada sahabat cerita ni biasa je... ekekeke. Cerita yang berlaku dalam kehidupan saya. Kisah benar. Ekekeke. Mungkin ceritaku dan ceritamu tak sama. Hua hua hua. Cerita tentang manusia dan kemanusiaan... dan mungkin juga cerita tentang binatang dan kebinatangan. Huhu... Apa tu? Entah!!!


Oklah... Terus pada cerita.


Cucur udang


Kekekeke. Pe ke halnya ngan cucur udang ni ye. Huhu. Ok gini beb ceritanya. Balik dari sembahyang jumaat saya ngan umar singgahlah satu gerai. Nampak macam best je gerai tu. First time singgah... Biasalah balik solat jumaat dah dekat jam 2.30ptg memang best kalau beli cucur ke kopok ke dan pisang goreng. Fuh... pekena badan tengah penat perghhh memang hangat beb.


Singgahlah gerai tersebut... kebetulan umarpun nak sangat turun. Saya ngan umarpun pergilah jenguk2 apa ada... erm Saya pun ambiklah cucur udang RM2 dan pisang goreng RM2 dan kopok... ala lebih kurang RM5 semua. Tah macamana, ketika saya ambik bungkusan makanan tersebut, kemudiannya hulurkan kepada umar, sayang umar tak dapat pegang dengan baik dan jatuh ke tanah. ( yang Saya kasi umar tu buat apa... kwang kwang kwang ) Perghhh jatuh depan dengan gerai tersebut. Pecah plak kuah cucur udang huhu. Kuah sate... Memang sedap beb!!!


Kebetulan plak tauke gerai nampak... terus dimintanya plastik tersebut dan Saya pun serahlah. Ingatkan apa... terus disimpannya mintak anaknya gantikan dengan yang baru... Saya kata. Takpelah boleh makan lagi tu abang??? takde masalah. Takpe2 takde rezeki tu... dan itulah yang dikatakan rezeki. Saya akur. Bila diserahkan kembali... dan Saya hulurkan semula wang sebagai bayaran. Dahlah dik... ini rezeki adik. Takpe... Insya Allah rezeki abg ada. Jangan risau.


Erm... hati terharu sangat, Ya memanglah RM5 bukanlah satu nilaian yang besar. Tapi pada Saya kejadian tersebut terlalu bernilai. Sukar untuk menemui manusia seperti ini ketika ini. Manusia yang tidak meletakkan wang sebagai tanda aras. Wakakaka tanda aras tu. Sesuai ke??? Entah!!!