Pengikut

Khamis, 28 Mei 2009

1Malaysia amankah kita?

Assalamualaikum warahmatullah.

Mari bersama kita fikirkan, sesekali renung dalam-dalam sampai tahap critical thinking, sampai tahap letak tangan atas dahi sebelum tido, Betul ke orang duk kata kita malaysia sebuah negara yang aman? Takde ke jalan keluar dari keadaan hari ini? camne nak buat nie...? bunuh, curi, rogol, rompak, rempit, zina, cabul, caci maki, kotor, rosak harta awam... adussss.... pening memikioq ye!

Amankah kita?
kita ummat yang sering tidur! seringkali juga dikejutkan! then tidor balik, berapa kali terkejut! berapa kali buat-buat terkejut! dan berapa kali tue la jugak kita tidoq balik, bangun! tapi takleh bangun lama.. lenguh.. letih.. penat.. duduk... baring.. lena...

sejak aku mula faham dan ingat apa-apa peristiwa yang berlaku depan mata aku, apa yang didengar kat telinga.. sepatutnya apa yang berlaku hari ni dah tahap berat.. parah dan kritikal sangat... benda-benda yang tak pernah terlintas kat fikiran nak belaku dulu, kini semua lewat akal dan anggapan lama...
Bunuh jadi perkara biasa didengar, dulu kalau dengar orang bunuh orang kat Palestin.. Bosnia.. dekat sikit! Thailand, Indonesia... Tapi sekarang dalam negara! dalam Malaysia yang didakwa sebagai sebuah negara aman! Amankah kita?

Amankah kita bila keluarga kita nak keluar sorang-sorang jalan malam-malam atau nak pi jalan jauh sorang-sorang masuk lebuhraya, bukankah otak kita ada rasa tak aman tentang keselamatan orang tersayang tentang kemungkinan yang akan berlaku! Amankah kita?
Bunuh diri pun dah menjadi perkara yang sangat mengejutkan bila berlaku dalam negara kita... Amankah kita?

Curi, rompak, samun.. rasanya kalau kita kumpul balik semua akhbar yang dibeli dalam masa setahun kat malaysia nie pasti takde satu pun yang terlepas dari di muatkan berita curi, rompak, samun dll, sepanjang 365 hari pasti ada sekurang-sekurangnya 2,3 kes.. Amankah kita??
Rogol, cabul,zina dll... dulu kes-kes macam nie cuma tengok kat filem mat saleh.. kalau filem melayu yang ada adegan camni pasti meletup abis filem tue... sekarang.. bukan lagi dalam filem.. dah jadi suatu yang tak mengejutkan bila dengar berlaku kes-kes seumpama nie.. haritu kat penang, pastu KL, baru nie kat kuantan.. eh. semalam kat besut
terengganu kita ada jugak kes seumpama! Esok,. dalam kampung sendiri, lusa! sebelah rumah, tulat dalam rumah sendri.? mak bapak tak rasa risau ke? ke dah lali sekarang ? Ingat, semua yang jadi mangsa tue adalah mereka yang sama macam kita, selalu sebut,dengar & baca perkataan HATI-HATI, JAGA DIRI kena jugak... Amankah kita?
Dulu masa aku budak-budak.. duk kampung., sekarang pun dikampung jugak orang sebut RASUAH mungkin aku membayangkan sejenis kerja yang perlukan kelulusan yang tinggi, sebab biasanya yang terlibat kebanyakan orang atasan. SEKARANG! Ada kawan-kawan ditempat kerja aku yang lebih kurang sebaya umur aku nie... dah berani cakap.. "duk try nak merasuah aku arr..aku kabor ke ye" bila member-member nak bagi something untuk tutup mata supaya tak reject working papper yang menyusahkan pekerja-pekerja lain, Rasuah dah banyak sangat... dah luas sangat.. sampai ke budak-budak dah pandai... macam mana perjalanan generasi ini bila dewasa.. masuk alam kerja nanti.? Amankah kita?
Riba? bunyi macam bahasa arab, dekat arab je la kot berlaku... itu pun pada zaman-zaman jahiliah dulu.. tue yang aku faham dengan perkataan tue masa kecik-kecik dulu, Sekarang budak-budak pun dah pandai cakap bila ada member yang nak pinjam guli sebab dah abis guli nak main.. "pinjam sebiji, bayar 2 biji" kecik-kecik dah pandai besar nanti ? Percayalah sistem pinjaman dalam perbankan lebih menguntungkan sekiranya mengikut sistem yang diajar dalam ISLAM, yang bersih dari riba! Menguntungkan bagi pelanggan dan pihak bank.. bukan membebankan kita seperti hari ini yang kebanyakannya hidup berhutang! tak kira yang kerja kerajaan ke, swasta ke, student ke, kerja kampung ke semua kita terbeban kan.? so, Amankah kita ?
Masa kecik-kecik dulu, kita hanya dengar perkataan Murtad bila dengar kisah-kisah nabi atau sahabat-sahabat nabi dulu ataupun bila sesekali rajin duk kat surau ada jugak ustaz yang sebut perkataan tue, Tapi tak terbayang kat kepala ada manusia berbangsa melayu yang berugama ISLAM sanggup murtad.

Membayangkan diri sendiri yang tak pernah terlintas melakukan jenayah ugama paling dahsyat nie, begitu jugak agaknya mereka yang murtad pernah bayangkan dulu-dulu sebelum mereka murtad. Tapi akhirnya termurtad jugak mereka! Maksudnya, diri sendiri mungkin tak menyangka akan murtad! apatah lagi kita nak sangka orang lain, kakak kita, abang kita, anak-anak kita, sepupu kita, jiran, orang kampung mungkin kita sendiri? setakat ini belum ada dari mereka yang murtad membawa/membuat kebaikan pada orang lain yang dulu sedaranya. Bahkan, sanggup belasah bapak/adik beradik/ keluarga sedarah sedaging sendiri! Amankah kita?
Banyak sangat kalau nak sebut ringkasnya begitulah kenyataan dan luahan hati aku yang sebenarnya turut rasa bersalah dengan benda-benda semua nie, Renung dalam diri yang banyak buat dosa! sampai bila nak terus berada dalam keadaan macam nie yang sebenarnya takkan ada dalam keadaan sama macam nie.. bahkan akan jadi lagi parah dan teruk lagi... perlukah aku tunggu hingga aku dah betul-betul kuat IMAN, cukup ibadah, suci dari segala dosa, baru lah boleh bersuara tentang benda-benda yang sepatutnya cukup membimbangkan nie? mesti lakukan sesuatu untuk selamatkan diri sendiri atau keluarga sekurang-sekurangnya.

Percaya atau tidak. semua nie berpunca dari keadaan sekeliling kita yang banyak mendorong kearah kemusnahan, siapa yang cipta persekitaran begini? Kita! Segalanya ditangan kita sendiri sebenarnya.
Kita yang mengangkat sistem yang terbeban dibahu kita hari ini, Tangan yang memangkah ( X ) diatas sekeping kertas yang begitu berharga membantu berjalannya sebuah sistem yang membentuk persekitaran dan suasana hidup harian kita, silap memangkah, rosak marwah keluarga sendiri., terhina maruah sendiri, terguris hati sendiri yang terpaksa berbeban hidup sambil mendukung dosa yang sengaja di buat-buat tak tahu mana dan siapa puncanya! bukaklah mata perhatikan dan fikirkan sedalam-dalamnya!
Percayalah! Akan janji ALLAH S.W.T. berkorbanlah demi kebaikan yang lebih dari apa yang kita suka dalam penilaian yang sangat sempit hari ini! Kembalilah pada sistem yang sepatutnya, jalan penyelesaian semua masalah hari ini dah ada diajar dalam buku manual ciptaan seorang manusia sebuah sistem yang di bekalkan langsung oleh pencipta, kembalilah pada Al-Quran.

sudah! cukuplah mari kita kembali pada ajaran islam, kepada pemerintah ambillah nasihat dan panduan dari para alim ulama yang berpegang pada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Dan jangan ikut sesedap hati sendiri untuk membuat keputusan...
Biar atas nama siapa pun, biar atas pertubuhan mana pun, biar atas parti mana sekali pun, aku mintak sangat rujuk balik dengan hati yang betul-betul nakkan jalan penyelesaian. Samada orang melayu islam, cina budha, india hindu, matsaleh kristian atau siapa-siapa pun. kalau korang betul-betul mahukan kebenaran! Demi kebaikan dan keamanan hidup kita yang tak berapa lama diatas bumi yang dah tua nie, cubalah buka, lapangkan hati bincang cara profesional dengan Al-Quran sebagai rujukan, pasti akan jumpa jalan penyelesaian yang berkesan.

Percayalah! kalau tak percaya cuba dulu, tak cuba tak tahu kalau dah cuba dan ternyata tak ada jalan penyelesaian yang berkesan dari Al-Quran/Hadis, terserahlah untuk anda melupakan kitab yang didakwa suci ini, Sebab aku dengan penuh yakin saat ini mengatakan pasti Quran tak menghampakan aku dan kalian...

Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan diriku sendiri.
Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum warahmatullah

P/S: Lorag Bahasa kampung

NAJIB Nak Hapus DEB. Semua Pakat SENYAP SUNYI!

Najib Khianati Orang Melayu?

Malaysiakini melaporkan kenyataan Najib bahawa DEB akan dihapuskan.Kenyataa n tersebut di buat oleh Najib kepada akhbar Straits Time Singapura sewaktu lawatan sulungnya sebagai Perdana Menteri ke Republik tersebut.

Saya mengalu-alukan kenyataan bagi menamatkan riwayat DEB yang telah pun melangkaui had masanya,pada masa yang sama saya menjadi sedikit berprasangka dengan Najib;persoalan yang bermain di benak saya ialah kenapa Najib “berani” mengumumkan perancangan menghapuskan DEB tersebut di Singapura dan tidak di tanahair?

Pada hemat saya,Najib tidak punya keberanian politik dan moral untuk mengumumkan pendiriannya bagi menghapuskan DEB yang merupakan ‘brainchild’ ayahanda beliau,Tun Razak.Sementara kajian oleh para akademia dan mereka yang berwenang mendapati,antaranya ,DEB telah disalahgunakan untuk mengkayakan segelintir individu yang rapat dengan UMNO selain membiakkan budaya KKN sedangkan masih ramai bukan sahaja dari kalangan Orang Melaytu/Bumiputera malah yang bukan Melayu di ulit kemiskinan tetapi sejak sekian lama UMNO tetap mempertahankan dasar yang telah diseleweng ini.

Pada perkiraan Najib,dengan membuat kenyataan di Singapura tentunya beliau berharap tidak ada “backlash” dari kalangan yang akan mengkritik dan mengecam beliau;ini jelas jika dilihat dari liputan dari stesen TV Malaysia yang langsung tidak menyebut tentang kenyataan Najib untuk melupuskan DEB.Tidak ada sebarang ulasan atau komentar yang diberikan melalui TV dan saya kira,akhbar- akhbar perdana juga samada tidak akan memaparkan berita ini ataupun sekadar memberikan ruang yang kecil sedangkan kenyataan yang keluar dari mulut Najib itu penting dalam konteks yang merangkumi dasar negara.

Sebagai seorang yang meyakini bahawa DEB seumpama ubat lepas tarikh (expired) serta meyakini pula dasar yang dibawa oleh Pakatan-Agenda Ekonomi Malaysia yang dicanangkan oleh Keadilan yang saya kira di komplimentarikan (complement) oleh Dokumen Negara Berkebajikan yang dibawa oleh PAS-kenyataan Najib ini dilihat sebagai “mencuri” idea dan gagasan pembangkang. Najib,pada masa yang sama,gagal memperincikan gagasannya samada dari sudut idealisme mahupun falsafah dan pengisian wadah yang akan dibawa bagi menggantikan DEB (malah berkaitan 1Malaysia pun sehingga kini saya gagal melihat idealisme serta falsafah yang ingin diketengahkan selain dari retoriks dan kenyataan lintangpukang dari Rais Yatim yang terlalu dilihat membodek bossnya).

Apakah bentuk dan susunatur dasar yang akan dibawa menggantikan DEB?Bagaimana rupa wajah dan pengisian serta falsafah yang akan dicanangkan? Siapakah yang menjadi sasaran serta bagaimana akan dicernakan dalam konteks kemajmukan masyarakat dan iklim ekonomi?Bagaimana dengan masalah yang sememangnya mendasar yakni agihan kekayaan yang tidak adil,rasuah yang membarah,jurang pendapatan dan kekayaan antara orang Melayu dan bukan Melayu?Bagaimana pula dengan statistiks yang menunjukkan nisbah professional Melayu berbanding bukan Melayu yang jauh melebar?Sistem pendidikan yang bercelaru khususnya PPSMI yang tidak menguntungkan anak-anak sekolah?

Kesemua persoalan ini,saya masih tidak menemukan sesuatu gagasan serta idea besar lagi segar dari Najib.Apa yang ada setakat ini hanyalah sekadar retoriks dan klise yang sangat-sangat diragui bukan sahaja keikhlasannya malah kemampuan untuk direalisasikan selain kemampuan kecendiakawanan (intellectuality) Najib sendiri.

Apabila Anwar Ibrahim mencadangkan agar DEB dihapuskan,terdenga r soraksorai yang begitu riuhrendah dari kalangan pemimpin UMNO.Maka bertebaran kecaman dan fitnah seperti Pengkhianat Melayu,Alat Cina,Tak Mengenang Budi dan pelbagai lagi yang ditujukan kepada beliau.Malah para pensyarah Universiti pun dipanggil tampil di kaca TV kononnya mengupas secara ilmiah lagi berilmu buat mempertahankan DEB dan pada masa yang sama mencela serta mengecilkan gagasan besar Agenda Ekonomi Malaysia yang dibawa Anwar.

Gunanya untuk memperlihatkan kepada rakyat bahawa gagasan yang dibawa Anwar kononnya merugikan orang Melayu serta tidak lebih dari upaya untuk menarik sokongan masyarakat bukan Melayu.Pun begitu yang dikesalkan tidak ada suatu kritikan membina yang dilontarkan untuk menyegarkan perdebatan sebelah pihak itu.Saya kira kita mengalu-alukan masukan-masukan (input) yang dapat menjernihkan lagi gagasan dan idea tersebut tetapi apa yang berlaku hanyalah kecaman kosong yang tidak bersandarkan kepada tiang ilmu. Menyedihkan citra para ilmuan tanahair yang tidak lebih pengampu nombor wahid layaknya.

Nah,sekarang pemimpin ‘numero uno’ UMNO sendiri yang mencadangkan di Singapura untuk menamatkan DEB tetapi gagal pula menonjolkan gagasan dan idea sebagai ganti kepada dasar tersebut.Saya ternanti-nanti apakah reaksi dari kalangan pemimpin UMNO sendiri termasuk Ketua Pemuda Khairy Jamaludin serta para profesor terutamanya Ibrahim Shah UiTM;apakah kelak akan dianjurkan perarakan atau demontrasi oleh para pelajar UiTM dibawah Ibrahim Shah bagi membantah kenyataan Najib tersebut?

Saya juga menunggu sikap para pengemudi suratkhabar seperti Utusan Malaysia,apakah akan ada tulisan Lidah Pengarang yang berani mengkritik Najib atau sekurang-kurangnya menyeru agar DEB di pertahankan? Lebih jauh dari itu,apakah nanti ada yang berani melabelkan Najib sebagai pengkhianat atau tidak mengenang budi atau alat cukong Cina?

Saya berpandangan memahami budaya politik mual tajaan UMNO,apa yang berlaku ialah tidak akan ada suara-suara dari mereka yang berwenang dari dalam UMNO sendiri yang berani untuk mengkritik Najib seperti pengalaman yang di lalui oleh Anwar Ibrahim.Mereka tentunya akan menari mengikut rentak gendang yang dipalukan Najib walaupun iramanya sumbang.Ertinya mereka tetap bersedia untuk menjadi hipokrit-sebelum ini bak pahlawan Melayu sejati mempertahan DEB dan mengecam sesiapa sahaja yang tidak bersetuju-tetapi kini akan mengubah nada dengan memuji dan memuja Najib semahunya.
Dalam hal ini,saya kira sesungguhnya Keadilan telah jauh terkehadapan.

Seruan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim agar DEB dimansuhkan yang perlu digantikan dengan dasar yang lebih pragmatiks dan memenuhi kehendak rakyat iaitu Agenda Ekonomi Malaysia yang telah dihidangkan kepada rakyat membuktikan komitmen Keadilan untuk membina negara bangsa yang benar-benar adil dan bertunjangkan kepada mengangkat maruah dan hak rakyat.Pandangan jauh pimpinan yang mengarifi denyut nadi rakyat jelas memperlihatkan upaya untuk membina Malaysia yang adil dan makmur.Ertinya, tatkala Keadilan telah lama bersedia,UMNO kelihatannya gagal total untuk membawa gagasan yang ampuh;kenyataan Najib di Singapura itu tidak lebih dari omong kosong tanpa wajah dan roh.

-D'Perbatasanblogspot.com

Masihkah kau Ingat - Album terbaru Kak Min

Bekas Ketua Wanita PKR P.Pinang yang telah `membuangkan' diri serta `terbuang' kini menjadi `Super Women' dan diangkat sebagai ikon TV3 serta media-media bangkrap idea di negara ini. Sebelum ini, tidak ramai yang mengenali Aminah binti Abdullah atau lebih glamour dipanggil Kak Min. Semenjak beliau menawarkan diri menjadi calon bebas di dalam PRK Dun Penanti akan datang ini, nama tersebut menjadi `ratib' kepada media kerajaan yang semakin dahaga kepada berita-berita sensasi. Meski pun sebelum ini telah banyak kita melihat calon-calon bebas yang masuk bertanding di dalam PRK termasuk yang mencipta rekod calon bebas teramai di Dun Bukit Selambau baru-baru ini, tetapi tiada calon bebas yang mendapat liputan luar biasa dari pihak media seperti yang diperolehi oleh Kak Min.

Nampaknya Kak Min benar-benar seorang wanita yang bersikap lebih `jantan' dari Umno. Kak Min berani menawarkan dirinya untuk menentang calon lain terutamanya dari calon PKR. Sebagai tanda terima kasih, memang wajar Kak Min diberi ruang yang luas oleh media perdana untuk beliau berkata apa jua asalkan dapat memburukkan imej PKR. Baru-baru ini Kak Min mendedahkan tentang perlakuan rasuah yang kononnya dilakukan oleh PKR melalui wakilnya agar Kak Min menarik diri dari bertanding di Dun Penanti. Beliau mendakwa kononnya ditawarkan sejumlah wang serta beberapa jawatan termasuk yang menggelikan ketiak kita apabila Kak Min mendakwa beliau turut ditawarkan jawatan TKM 1 P.Pinang. Wah, hebat sungguh Kak Min ini sehingga PKR menawarkan beliau jawatan kedua tinggi di P.Pinang tersebut. Namun demikian, Kak Min sendiri berkata, beliau tidak percaya kepada tawaran-tawaran tersebut. Nasib baik Kak Min mudah tersedar siapa diri beliau untuk berada di sisi KM P.Pinang Lim Guan Eng.

Setelah beliau terhidu bahawa `drama' nya mudah dapat dibaca oleh PKR, maka sasarannya kini tertumpu kepada Pengerusi PKR P.Pinang Datuk Zahrain. Di dalam berita TV hari ini disiarkan amaran oleh Kak Min terhadap Datuk Zahrain bahawa beliau akan mendedahkan kisah di sebuah hotel di Jawi pada tahun 2007. "Masihkah kau ingat......" begitulah maksud Kak Min untuk mengingatkan Datuk Zahrain tentang peristiwa tersebut. Walaupun Kak Min cuba untuk memberi amaran kepada Datuk Zahrain agar mengingati peristiwa di hotel tersebut, jelas kita lihat Kak Min sendiri tidak ingat tarikh dan di mana peristiwa itu berlaku dan sering mendapat bantuan dari orang sebelahnya (mungkin suaminya) di dalam memberikan kenyataannya semasa disoal oleh wartawan. Sebelum ini pun kita lihat sendiri Kak Min memberi kenyataan kepada media dengan menggunakan teks yang telah disediakan. Ini bermakna Kak Min masih lemah di dalam ilmu tipu muslihat politik dan perlu lebih banyak menuntut dengan Raja Sesumpah.

Calon PKR yang bertanding di Dun Penanti adalah Dr Othman bukannya Datuk Zahrain. Kak Min mungkin terlupa pasal itu atau sengaja menggunakan taktik karat tersebut sepertimana yang pernah Raja Sesumpah lakukan. Di dalam PRK Parlimen K.Terengganu sebelum ini calon PR adalah PAS dan bukan PKR mahu pun DS Anwar, tetapi Raja Sesumpah setiap malam menjaja keburukan DS Anwar sehinggalah ke PRK Bukit Selambau. Seandainya Raja Sesumpah ini diberi peluang berkempen di Indonesia, India atau di Bangladesh tidak mustahil Raja sesumpah akan menyebut nama DS Anwar berkali-kali. Semakin kerap dan lantang disebut nama DS Anwar, semakin hebat dan kuat pula DS Anwar dan PKR. Akhirnya Raja Sesumpah termakan sumpah dan hilang dengan kotak-kotaknya. Kini, Kak Min ingin mencuba cara sedemikian untuk menonjolkan dirinya. Saya yakin, pengundi=pengundi di Dun Penanti akan memberi pelajaran berguna buat Kak Min sepertimana pelajaran yang telah diperolehi oleh Raja Sesumpah di dalam beberapa PRK baru-baru ini.

Tidak mustahil akan berlaku lagi upacara `sumpah' di bumi Permatang Pauh. Jika dahulu, Najib dan Raja Sesumpah bersumpah sewaktu pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, kini rekod bakal tercipta bila mana seorang wanita akan bersumpah. Sumpahnya mungkin berkaitan dengan "masihkah kau ingat kejadian di hotel......" (kejadian apa di hotel? Adakah sama seperti kejadian yang berlaku kepada Chua Soi Lek? ) Wallahu Aklam. Apa pun yang pasti dan kita ingin ingatkan kepada wanita ini, jangan sehingga kamu tidak mendapat apa yang dihajati dan lebih malang lagi turut kehilangan kawan-kawan rapat kamu. Kalau saya yang menjadi kawan rapatnya yang makan di rumah beliau baru-baru ini, saya pasti akan `muntah'kan kembali makanan yang saya makan. Selepas PRK Dun Penanti ini, adakah lagi kawan-kawan yang berani berkawan dengan Kak Min ? Entahlah.

p/s:Harap2 masih ada org mahu berkawan Laaaa...

Ahad, 24 Mei 2009

Kuasa Pada Rakyat

Mengapakah Barisan Nasional dilihat mengelak daripada diadakan semula pilihan raya negeri Perak bagi menyelesaikan krisis politik negeri itu. Maka tanggapan umum adalah Barisan Nasional bimbang akan kalah. Oleh itu, ia mahu mengelak daripada diadakan pilihan raya negeri.

Sikap takut menghadapi pilihan raya menunjukkan bahawa Barisan Nasional tidak ikhlas dengan hak dan kuasa rakyat. Bermakna ia tidak mahu menyerahkan kuasa kepada rakyat yang sememangnya menjadi hak.

Maka, sikap ini adalah seolah-olah menunjukkan bahawa Barisan Nasional mahu mentadbir Perak tanpa sokongan rakyat.

Sedangkan katakana Barisan Nasional terus mentadbir Perak tanpa melalui satu lagi pilihan raya negeri, maka ia bermakna parti itu telah mengkhianati mandat rakyat yang diberikan kepada DAP, Pas dan Keadilan untuk mentadbir Perak. Walaupun Barisan Nasional boleh menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat melalui pembelotan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), tetapi hakikatnya ia tidak dapat mandat rakyat.

Namun begitu, kalau difikirkan bahawa pilihan raya negeri baru diadakan lebih setahun lalu, serta dirasakan tidak wajar untuk mengadakannya semula kerana tentunya hasrat rakyat tidak berubah banyak, maka apa yang boleh dilakukan ialah dengan hanya mengadakan tiga pilihan raya kecil DUN di mana wakilnya telah berpaling tadah.

Tentunya ketiga-tiga ADUN itu mengkhianati mandar rakyat yang memilih mereka atas parti-parti masing-masing DAP dan Keadilan. Maka apabila ADUN itu melompat, mereka sudah kehilangan mandat, iaitu dari segi moralnya untuk terus menjadi ADUN. Sebab itulah surat peletakan jawatan yang ditanda tangani sebelum betanding itu wajar dihormati.

Mereka sendiri menandatangani surat itu, iaitu jika mereka melom[pat, maka bermakna mereka meletak jawatan. Surat itu telah dihantar oleh Speaker kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sepatutnya SPR menghormatinya dan membubarkan kerusi ketiga-tiga ADUN itu.

Sememanmgnya ketiga-tiga ADUN itu boleh menarik balik surat itu hingga menyebabkan ia terbatal. Tetapi sebagai ahli politik yang berwibawa dan menghormati kehendak rakyat, sepatutnya mereka akur dengan surat itu dan meletak jawatan. Sama ada rakyat memilih mereka semula atau orang lauin, ia adalah soal lain dan terletak kepada kehendak rakyat itu.

Begitu juga dengan Pakatan Rakyat. Ia mesti sanggup memasuki pilihan raya walaupun kemungkinannya ia kalah. Tetapi sebagai menghormati rakyat, ia patut menyertai pilihan raya kecil itu. Apabila pilihan raya kecil itu dapat diadakan dan rakyat emmbuat penentuan, maka barulah perkara itu dibawa ke Dewan Undangan Negeri untuk melihat pihak mana yang boleh membentuk kerajaan. Iaitu sama ada Pakatan Rakyat akan kembali mentadbir, atau Barisan Nasional pula mendapat tampuk kuasa di Ipoh .

Sekiranya kedua-dua pihak ikhlas terhadap kuasa rakyat, mereka akan dapat menerima apa jua keputusan. Tetapi masalahnya ADUN yang membelot ini tidak menghormati surat yang mereka tanda tangan ketika hendak bertanding dahulu. Jika mereka berasakan tidak mahu menghormati surat ini, maka mereka tidak patut bertadning atas tiket parti berkenaan, sebaliknya bertaning saja sebagai calon bebas.

Tetapi rupa-rupanya ahli politik ini tidak berwibawa. Bukan salah rakyat mengundi mereka. Juga bukan salah partri politik mereka yang menaruih kepercayaan kepada mereka. Yang salah adalah mereka sendiri. Justeru, mereka wajar dihakimi oleh rakyat. Maka ketiga-tiga mereka inilah yang patut meletak jawatan dan bhukannya Menteri Besar, Nizar Jamaluddin.

Tetapi undang-undang sudah ditetapkan bahawa mereka tidak perlu meletak jawatan, maka Barisan Nasional pula sewajarnya menghormati rakyat dengan tidak menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat walaupun sudah menjadi minoriti. Tetapi perkara itu tidak berlaku, maka akhirnya krisis politik Perak berlaku hingga menggegarkan institusi Raja Berperlembagaan.

Tetapi krisis politik Perak ini perlu dihentikan segera untuk menghormati rakyat. Hanya ada tiga cara bagi menghormati rakyat secara ihlas. Pertama, tiga pilihan raya kecil di kawasan DUN yang membelot itu. Jikaitu tidak berlaku, maka peringkat ekdua ialah mengadakan pilihan raya negeri Perak. Jika itu jika tidak mahu dilakukan, maka peringkat ketiga, kembali kepada keputusan pilihan raya 8 Mac denagn mengiktiraf kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Namun begitu, walaupun dalam keadaan kerajaan negeri yang tidak menentu, tanggungjawab ADUN, tidak kira sama ada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat mesti terus mengambil perhatian terhadap masalah rakyat. Semuanya sudah mengangkat sumpah memegang amanah, maka ia mesti dipenuhi. Begitu juag dengan ekdua-dua Menteri Besar, Nizar dan Zambery Abdul Kadir, walaupun tidak sah tetapi syudah melafazkan ikrar yang bererti mereka mesti bertanmggungjawab kepada rakyat.

Semua mereka yang memegang jawatabn mesti ikhlas kepada rakyat. Semuanya mempunyai peranan. Bukan saja ahli-ahli politik tetapi perkhismatan awam negeri. Malah Sultan dan Raja Muda juga mempunyai tanggungjawab masing0-masing untuk rakyat dan negeri.

Kesmeuanya perlu sedar bahawa kewujudkan mereka adalah kerana rakyat. Maksudanya orang ranmai yang menjadfi penduduk di negeri perak yang mengharaopkan kehidupan mereka berjalan baik dan terus bertambah baik. Malah dalam sistem persekutuan, pihak di Putrajaya juga bertanggungjawab terhada[ apa yang berlaku di perak juga. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin parti politikn yang terlibat, baik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat yang beribu pejabat di Kuala Lumpur .

Konsep rakyat emsti difahami. Kalau seorang individu tidak diapnggil rakyat. Tetapi secara kolektif, manusia-manusia ini, yang tinggal dan menjadi penduduk Perak merupakan rakyat negeri itu.

Drama Pertama Calon Bebas

MELUCUKAN, baru sahaja selesai penamaan calon Pilihanraya Kecil Dun Penanti maka seorang calon bebas iaitu Aminah Abdullah mula membuka `panggung drama'. Mungkin beliau merasakan dia seorang tokoh yang hebat, maka dirinya amat bernilai sekali. Bekas pemimpin PKR P.Pinang ini mendakwa PKR telah cuba untuk merasuahnya agar menarik diri. Wah, begitu berharga wanita yang ditolak ketepi oleh PKR ini.

Sayangnya, drama yang dimainkan itu terlalu awal bermula apatah lagi jalan cerita drama tersebut sudah basi. Tidak mengapa, mungkin beliau baru belajar bermain politik dan jahil tentang helah dan muslihat politik.

Saya ingin ingatkan beliau bahawa cara sedemikian sudah tidak laku lagi di alaf baru ini. Jangan cepat belajar benda-benda yang bodoh yang mungkin akan memalukan diri sendiri. Jika ada bukti, silakan terus buat laporan sebaik sahaja ditawarkan rasuah tersebut.

Mengapa perlu tangguh-tangguh dan hebohkan di merata-rata sedangkan laporan tidak lagi dibuat. Jangan ikut cara Menteri Luar Anifah Aman yang ketiadaan modal dan idea untuk bercakap, maka menuduh DS Anwar menawarkannya jawatan TPM jika PR berkuasa di pusat. Mengapa Anifah selaku menteri tidak buat laporan Polis? Jangan fikir rakyat mempunyai taraf pemikiran serendah kita yang bercakap.

Drama seperti ini saya percaya akan berterusan sehingga hari pengundian. Ketika ini saya yakin setiap calon bebas terutamanya Aminah pasti `glamour' buat sementara waktu di TV3 atau lain-lain media yang haprak itu. Hampir benar tekaan saya sebelum ini yang merasakan ada calon `halimunan' di Dun Penanti.

Kita tidak dapat melihat calon Umno di Dun Penanti, tetapi sesiapa yang hadir sepanjang berkempen di sana nanti pasti `terbau' Umno di sana. Bukankah `bau' Umno ini mudah kita kenali.

Kepada Aminah saya nasihatkan jangan bimbang, adinda Raja Sesumpah pasti menjelma sehari dua ini kerana Raja sesumpah hanya akan lahir ketika bulan pilihanraya mula mengambang. Sudah tentu sasaran Raja sesumpah tetap sama iaitu DS Anwar. Selamat datang sekali lagi ke Permatang Pauh dan ke Dun Penanti buat Ezam.

Isnin, 18 Mei 2009

Zambry badut BN alaf baru.

MAHKAMAH Tinggi sudah membuat keputusan bahawa Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah. Cuma keputusan tersebut ditangguhkan oleh Mahkamah Rayuan, menanti perbicaraan.

Keputusan penangguhan oleh Mahkamah Rayuan, tidak memberi makna apa-apa kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir. Beliau bukan Menteri Besar yang sah dari segi undang-undang.

Keputusan Mahkamah Tinggi jelas menunjukkan bahawa Nizar adalah MB sebenar bukan Zambry, ini tafsiran undang-undang. Mana boleh pada satu-satu masa ada dua MB. Mana boleh Zambry melaksanakan tugas sebagai MB hanya semata-mata keputusan pengesahan Nizar ditangguhkan oleh mahkamah.

Zambry tidak ada pilihan. Beliau harus mengosongkan segera pejabat MB Perak. Beliau tidak boleh membuat keputusan-keputusan yang membabitkan kerajaan. Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diadakan juga tidak sah.

Lebih buruk daripada itu, ialah selama tiga bulan (semenjak Februari lepas), kerajaan negeri Perak beroperasi secara tidak sah. Perlantikan yang dibuat MB Zambry tidak sah, perbelanjaan-perbelanjaan kerajaan semuanya tidak sah.

Dalam erti kata mudah, Perak mempunyai seorang MB yang sah, seorang lagi tidak sah. Seorang MB yang halal, seorang lagi MB haram.

MB haram ini sudah banyak membuat keputusan dan berbelanja bagi pihak kerajaan negeri. Dan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lepas, adalah tempelak yang paling besar terhadap Zambry, Umno dan BN Perak, kerana selama tiga bulan telah melakukan kerja-kerja haram.

Keputusan Mahkamah Tinggi juga memberikan implikasi bahawa semua gaji, upah dan elaun yang wajar diterima Nizar harus dibayar balik oleh kerajaan negeri. Dalam masa yang sama, kerajaan negeri kerugian kerana berbelanja kepada penjawat-penjawat yang haram dari segi undang undang.

Malangnya Zambry dengan muka yang tidak tahu malu, terus memasuki pejabat MB selepas Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan pengesahan Nizar sebagai MB.

Sikap 'buruk siku' Zambry ini hanya menunjukkan kepada rakyat Perak, khususnya pegawai-pegawai kerajaan negeri, bahawa beliau memang kemaruk hendak jadi MB.

Biarlah orang hendak kata apa pun, biarlah apa persepsi rakyat kepadanya pun, pedulikan keputusan mahkamah, yang penting Zambry ialah MB. Itulah agaknya kehendak beliau.

Zambry tidak boleh tuduh Nizar kemaruk hendak menjadi MB kerana, hasrat Nizar jelas, beliau mahu Dun dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya diadakan semula.

Jika Nizar tewas sekali pun sebagai Adun, nescaya beliau akan berpuashati kerana beliau telah menyerahkan amanah kembali kepada rakyat secara jujur dan demokratik.

Sebaliknya, jika Zambry tahu malu beliau tidak harus duduk di kerusi MB kerana pada tafsiran undang-undang dan pada hati rakyat, Nizar adalah MB yang sah.

Jika Zambry 'anak jantan' beliau tidak harus takut dengan rakyat, kalau betul dia gentleman, ajak semua Adun-Adun BN pakat-pakat letak jawatan kalau pun tidak ada kuasa untuk membubar Dun.

Janganlah jadi seperti badut-badut sarkas menyolek muka dengan pelbagai warna sambil membuat aksi-aksi lawak untuk membuatkan rakyat tertawa dengan anda.

Buat apa hendak jadi MB jika undang-undang mengatakan anda bukan MB. Buat apa hendak jadi MB jika semua keputusan yang anda buat menyalahi undang-undang. Buat apa hendak jadi MB jika setiap hari anda diherdik dan dicerca rakyat.

Krisis yang berlaku di Perak ini menjadi semakin karut dan kalut. Pegawai-pegawai kerajaan negeri tersepit kerana mereka akan diheret terbabit dalam melaksanakan keputusan MB yang haram.

Bagaimana pegawai-pegawai kerajaan boleh berkhidmat dengan sempurna jika mereka dicemuh rakyat kerana membantu sebuah kerajaan negeri yang haram?

Hakikatnya, krisis politik di Perak yang semakin parah ini adalah angkara kegelojohan pemimpin-pemimpin BN untuk merampas kembali tampuk pemerintahan kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat.

BN membuat perancangan yang teliti dengan memerangkap dua Ahli Dewan Undangan Negeri dari Parti Keadilan Rakyat yang kes rasuah dan mempergunakan seorang Adun DAP yang kemaruk jawatan akibat perselisihan dalaman.

Tiga orang Adun yang 'dibadutkan' oleh BN ini mungkin menerima upah lumayan kerana sanggup mengkhianati amanah rakyat dengan melompat parti.

Kegelojohan BN itu mengakibatkan Perak tidak henti-henti dilanda pelbagai krisis yang lebih mencacatkan wajah demokrasi yang diamalkan dalam negara.

Sebenarnya BN takut hendak memperakui bahawa kedudukan mereka dalam kancah politik negara sekarang ini adalah 'bagaikan anjing tersepit.'

BN tahu, jika keputusan mahkamah berpihak kepadanya sekali pun, nama BN akan terus tercemar dan busuk di mata rakyat. Dan jika dibubarkan Dewan Undangan Negeri Perak pun, BN jamin akan kalah besar.

Dalam keadaan sekarang BN tiada pilihan lain. Keadaan politik sekarang tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada mereka.

Justeru, daripada malu kerana kalah dijatuhkan rakyat dengan penuh kehinaan, lebih baik BN angkat 'bendera putih' awal-awal.

Ahad, 17 Mei 2009

Sapa takut?

Soalan Siapa Takut ini sedang dijual. Ramai yang memberi jawapan yang tidak kena mengena dengan soalan. Orang-orang UMNO dari Presiden kebawah dengan tegas menyatakan mereka tidak takut menghadapi Pilihanraya semula bagi Negeri Perak. SPR pula telah menetapkan mulai sekarang penyokong yang akan mengiringi Calun kePusat Penamaan Calun akan dihadkan. Dipihak berkuasa keselamatan pula menyatakan mereka sentiasa bersedia kepada sebarang kemungkinan ini bermakna rakyat tidak perlu risau tentang keselamatan mereka.

Melalui penjelasan-penjelasan tersebut diatas jawapan kepada soalan yang diajukan (Siapa Takut?) masih belum ada siapapun yang berani menjawab. Didalam satu-satu peperiksaan jika jawapan diataslah yang diberi bagi menjawab soalan yang dimaksudkan maka keputusan peperiksaan tersebut bukan hanya meminta “resit exam” malah akan diminta “repeat course”. Ringkasnya ia memberi erti “lain yang disoal lain pula yang dijawab”.

Oleh kerana belum ada seorangpun (yang saya tahu) mahu menjawabnya biarlah saya sendiri (orang yang membuat soalan) menjawabnya. Sekurang-kurangnya untuk memuaskan hati saya sendiri. Berikut adalah jawapannya:

1. Jika diadakan Pilihanraya Semula diNegeri Perak ini Wakil-Wakil Rakyat BN yang telah berpenggal-penggal sebagai ADUN dan sebelumnya berpenggal-penggal pula sebagai Ahli Parlimen sudah tentu tidak disenaraikan. Jika diberikan juga bertanding maka slogan Rakyat didahulukan menjadi tidak relevant. Jawapannya Wakil-Wakil yang sedia ada yang TAKUT.

2. Jika Dewan Undangan Negeri dibubarkan sekarang iaitu kurang dari 3 tahun maka ini bererti ADUN yang baru menjadi Wakil Rakyat pada Penggal ini tidak akan dapat menikmati Pencen sepatutnya. Jawapannya ADUN-ADUN BN yang barulah yang cukup TAKUT.

3. Memandangkan kebangkitan parti-parti dalam Pakatan yang begitu memuncak kebelakangan ini besar kemungkinan keputusan Pilihanraya itu nanti 59 – 0 memihak kepada Pakatan. Jawapannya UMNO/BN TAKUT semasa PRU 13 nanti pengaruh mereka terus lenyap.
Sebenarnya banyak lagi jawapan boleh diberi. Tiga ( 3 ) jawapan ini sahaja sudah cukup untuk Score ” A “. Jadinya, kepada yang sentiasa bertanya mengapa susah sangat untuk dibubarkan Dewan Undangan Negeri Perak ini, saya berharap para pembaca sudah tahu sebab-sebabnya.
Akhir sekali semua ini adalah pendapat dan pandangan saya sendiri. Saya tidak menceduknya dari Obama, Ghandi ataupun Mandela.

Sabtu, 16 Mei 2009

The People Prime Minister ?

Seperti lazimnya , perdana menteri yang baru naik akan mencari beberapa slogan dan cogan kata yang akan menjadi bawaan kepimpinannya . Sebelum ini Tun Abdullah popular dengan "mari bekerja bersama saya bukan bekerja untuk saya" .

Adapun Tun Mahathir , selain dari Penerapan Nilai - Nilai Islam saya tidak sempat untuk mengingatinya . Entah apa slogan dan cogan kata kepimpinannya .

Hari ini Dato' Seri Najib di bawah konsep One Malaysianya membawa slogan " Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan "

Berusaha untuk menjelaskan cogan kata bawaan kepimpinannya , beliau telah menegaskan bahawa dirinya adalah The People Prime Minister . Beliau mahu menjadi perdana menteri yang hidup bersama rakyat dan sentiasa merasai denyut nadi rakyat .

Ya ! pastinya itu ungkapan yang cukup memukau , laksana terpukaunya rakyat dengan falsafah kepimpinan Tun Abdullah diawal mandat beliau selaku perdana menteri yang ke 5 dulu . Namun realitinya falsafah kepimpinan beliau hanya mampu bertahan seumur jagung semusim padi .

Kini giliran Dato' Seri Najib pula mengungkap cogan kata yang mencairkan perasaan ramai . Selepas ini akan ada pula yang berkata inilah perdana menteri yang kita tunggu - tunggu selama ini . Perdana menteri yang mampu hidup sepayung dengan rakyat marhain malah sensitivitinya turut merasai denyutan nadi rakyat .

Saya melihat fenomena bermain dengan falsafah kepimpinan ini masih dalam serkap retorika yang sukar ditembusi . Hanya sekadar bermain dengan perasaan rakyat yang mudah dibuai .

Kelihatan serius benar Najib mahu keluar dari bayangan ngeri yang melingkari hidupnya sejak sekian lama . Bermula dengan pelbagai dakwaan skandal yang melibatkan penyalahgunaan kuasa , komisen pembelian kapal selam , eurocopter dan apa yang paling menakutkannya ialah bayangan wanita mongolia .

Biar 1000 lagi cogan kata yang akan dihamburkan oleh Dato' Najib , saya yakin ia tidak mampu membebaskan dirinya dari bayangan hitam tersebut . Beliau tetap akan dikenang sebagai pemimpin yang memanjat tangga takhta tertinggi pemerintahan negara dengan dosa dan noda yang tidak terhakis .

Terbaru tanpa membayangkan falsafah kepimpinan dan cogan kata beliau itu suatu yang realistik , beliau adalah individu yang bertanggungjawab dengan tragedi rampasan kuasa di negeri Perak Darul Ridzuan baru - baru sehingga mengheretnya terjebak dalam krisis perlembagaan dan undang - undang yang berlarutan hingga kini .

Apakah saat Dato' Najib merampas kuasa kerajaan negeri Perak dari tangan PAKATAN Rakyat , beliau gagal untuk merasai denyutan nadi rakyat ketika itu ?.

p/s:-Dato' Najib ni faham ke , apakah makna denyutan nadi rakyat ? pesan saya , agar Dato' najib berhati - hati dan bertindak wajar ! jangan sampai rakyat tidak memperdulikan denyutan nadi beliau pula selepas ini